Search This Blog

Saturday, July 25, 2009

Pengalaman gua tengok 'sukan air'

Gua baru balik dari aktiviti bakar membakar. Badan pun pepalih bau hangit ni. Tapi gua tak terus balik umah mandi. Singgah cc jap. Lagipun PC umah dah jahanam. Nak beli laptop mana mampu. Gua hanyalah pekerja kolar belang-belang. Ah, ni dah melalut...

Sementara nak tunggu ayam yang dibakar betul-betul menepati syarak untuk dimakan, dengan beberapa peminat anak ikan, kami menyusuri sungai untuk menjejaki lubuk-lubuk ikan yang berpotensi untuk memberikan hasil yang memberangsangkan. Sepanjang perjalanan kami berbual-bual kecil sesekali menoleh belakang setiap kali makwe seluar ketat baju basah melintas sebelah. Gua tak pandang. Gua tunduk kire batu jalan je..

Setibanya di tempat kejadian, masing-masing dengan gaya macam rambo terus bertindak. Banyak jugak anak ikan kat situ. Member gua kata kalau malam, mak bapak ikan yang keluar pulak. Gua buat-buat dengar je. Sorang lagi sibuk membayangkan betapa meriahnya akuarium dia nanti. Ah, bayang je lebih. Pegang ikan pun geli, ape cite?!

Tiba-tiba disebalik akar-akar pokor yang berselirat di tebing sungai, gua nampak kelibat dua manusia tengah duduk berdepan. Gua dah mula syak ni mesti ade aktivi sukan air ni. Gua buat isyarat mulut untuk buat tinjauan. Dengan gerak langkah komando kami menghampiri tempat kejadian.

Sah! Memang 'sukan air'. Kalau masuk olimpik gua yakin Malaysia boleh dapat pingat emas. Lagipun kan banyak produk-produk tongkat ali, kacip fatimah, makjun-makjun kuat, pemanjangan yang macam gampang kat pasaran. Takde hal!

Itu jam badan mula menggeletar. Urat tengkuk pun dah kelihatan. Member gua lagi pulak. Bulu tangan dia dah start tegak-tegak. Gua terus bagi isyarat untuk serang.

"Woi, celaka gampang! Kepala bapak kau nak buat maksiat kat sini. Bodoh! Hormat la sikit. Bodoh baghal! Anak haram!" laju je mulut gua memaki kat situ.

Dua keparat tu dah mula pucat. Yang perempuan terus cover pakai towel. Yang lelaki terus benam badan dalam air. Tanpa tunggu lama member gua terus sentap yang lelaki naik atas. Tumbuk 2-3 das gilir-gilir. Yang perempuan gua kasi lempang kiri kanan pipi tiga kali. Meleleh air mata. Apa gua peduli! Hilang dara tak menangis pulak!

"Hello, JAIS!"

****
Ikut cerita sebenar, lepas nampak je, gua undur belakang slow-slow. Terus pergi cuci muka. Sambil-sambil tu gua beristighfar. Celaka. Sampai ke malam la tak boleh nak lupa.... Member-member yang lain gua kurang pasti. Ade sorang tu bawak henpon ade kamera. Wallahu'alam...

7 comments:

one_munawwarah said...

mudah2an next time ko dpt peluang utk amar ma'ruf nahi munkar, Allah bg kekuatan. =)

Firol said...

Kuatkan semangat lawan kejahatan

Emblem of Purity said...

Baca "kasi lempang kiri kanan 3 kali" dah tau dah cite sebenar dia mesti lain. Sabor ye...Istighfar byk2 sampai lupa kejadian.

Hashim Zabidi said...

Gua lasa lu punye taktik silap. Itu macam sekat olang punye lejeki, dosa woi...

Bobo Brazil said...

-one-
heh, amin..

-firol-
entah nape tibe-tibe rase seram sejuk time tuh... ade mende lain skali yang tengok kot..

-emblem-
haha, nasib baik dah lupe sikit2

-pakcik hashim-
lain macam je pakcik...haha

Bobo Brazil said...

-one-
heh, amin..

-firol-
entah nape tibe-tibe rase seram sejuk time tuh... ade mende lain skali yang tengok kot..

-emblem-
haha, nasib baik dah lupe sikit2

-pakcik hashim-
lain macam je pakcik...haha

asyiqin said...

mcm xcaya...tp ko suke buat benda drastik..leh caya gak tuh...p/s:teringat ms skolah dolu22...ko slalu ngamok terblik meja sbb bising sgt kelas...hmmm.skema2