Search This Blog

Sunday, June 7, 2009

Tips menemani 'mereka' membeli-belah (Ini pengetahuan AM!)

Menurut professor serba tahu, terdapat 3 golongan mereka yang membeli-belah. Golongan pertama adalah terdiri daripada mereka yang membeli-belah barangan keperluan asas. Mereka ini sering melakukan aktiviti membeli-belah pada setiap hujung bulan untuk memenuhkan stok makanan dan juga keperluan asas di rumah. Golongan kedua pula terdiri daripada mereka yang membeli-belah untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Misalnya, membeli kasut baru setiap bulan. Dan akhir sekali ialah golongan ketiga, golongan bermusim. Mereka ini hanya akan membeli-belah bila terdapatnya sale sehingga 50%-70% di Metrojaya ataupun mendapat baucer bernilai RM170 daripada mana-mana pusat membeli-belah.

Bagi mereka yang menjadi peneman golongan membeli-belah ini pula juga terdiri daripada 3 golongan. Golongan pertama ialah golongan yang wajib mengikut. Kebiasaannya, golongan ini terdiri daripada para suami, tunang, ataupun pasangan kekasih. Dalam erti kata lain golongan ini merupakan mereka yang akan bertindak seperti 'banker' untuk membayar barangan yang dibeli. Golongan kedua pula ialah golongan yang saja nak menyemak. Mereka ini tiada 'intention' pun hendak membeli-belah. Tapi saja nak memenuhkan suasana pusat membeli-belah. Kebiasaannya, golongan ini mempunyai banyak masa yang lapang. Golongan yang ketiga pula ialah golongan malang. Ini adalah golongan yang paling kasihan sekali. Kebiasaannya, mereka ini adalah terdiri daripada mereka yang memang tak 'into' langsung dengan aktiviti membeli-belah. Tapi mungkin disebabkan tersalah membaca mesej ataupun kebetulan sedang melakukan aktiviti lain, tiba-tiba orang yang membeli-belah itu terperasan adanya jualan mega, jadi dengan tidak semena-mena mereka terpaksa dilibatkan sekali.

Bagi mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh golongan peneman pembeli-belah terutamanya mereka yang tergolong dalam golongan ketiga, professor serba tahu telah melistingkan beberapa tips yang boleh diamalkan seperti di bawah:-
  1. Bertindak sebagai penyemak harga. Ini adalah penting kerana secara tidak langsung anda dapat mempercepatkan proses membeli-belah. Jika si pembeli tadi memanggil promoter untuk menanyakan harga, promotor tersebut akan mengambil kesempatan untuk mempromote keistimewaan barang selama 10-15 minit. Buang masa! Andai kata anda tak tahu harga tersebut, anda belasah je ikut berapa anda suka. Tapi mestilah harga yang logik. Jangan risau... di kaunter nanti bukan anda pun yang bayar.
  2. Bertindak sebagai pengangkat barang. Kebiasaannya si pembeli adalah wanita. Jadi tolonglah dia untuk mengambil barang yang dipilihnya. Misalnya, dia inginkan sebuah kotak besar yang disusun secara bertingkat. Gunakan kudrat anda seberapa yang mampu untuk mengambilnya. Tunjukkan sedikit muka kesungguhan anda itu. Ini kerana, secara tidak langsung si pembeli tadi akan kasihan dan kagum dengan anda. Dan diakhirnya, anda akan dibelanja makan dan minum. Untung bukan?
  3. Bertindak sebagai pemberi idea. Ini adalah amat penting. Selalunya, si pembeli perlukan pendapat semasa membeli belah. Misalnya untuk membeli lampu meja untuk ruang tamu rumahnya. Si pembeli akan menanyakan warna yang sesuai untuk dipadankan dengan set sofanya. Jadi, gunakan pengalaman ketika belajar matapelajaran seni semasa di sekolah dulu. Jika set sofa warna merah takkan nak beli lampu warna biru kan? Ia amat mudah. Jika anda menjawab dengan "Ntah..." si pembeli terpaksa berfikir seorang diri. Maka lagi lamalah anda nak menunggu di situ.
  4. Bertindak sebagai penasihat ekonomi. Selalunya, si pembeli mempunyai budget yang tersendiri ketika membeli-belah. Jadi, jika anda merasakan troli yang anda tolak itu semakin berat ataupun kaki anda sudah lenguh meronda-ronda, ingatkan padanya tentang jumlah barang yang sudah diambil. Selitkan sekali dengan seruan daripada kerajaan tentang amalan berjimat ketika berbelanja dan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Beritahunya dengan lemah lembut dan jangan berkeras. Ini kerana, si pembeli sering terleka. Bila anda memberitahunya baru lah dia tersedar dan akan segara menarik anda ke kaunter bayaran. Kan selamat......
  5. Untuk menghiburkan hati anda sendiri gunakan sebaik mungkin semua kemudahan yang terdapat di pusat membeli belah. Di Giant atau Tesco misalnya terdapat banyak stall yang menjual produk makanan untuk testing. Jadi, sementara menunggu si pembeli anda cubalah semua makanan yang ada di situ. Kenyang....
  6. Jawab panggilan telefon yang penting sahaja. Jangan cakap lama-lama. Jika si pembeli nampak anda leka bercakap di telefon, dia pun akan leka membeli kesudahannya makin lamalah anda di situ. Begitu juga dengan SMS. Layan SMS yang penting sahaja. Jika SMS daripada rakan anda untuk mengajak memancing ataupun mengeteh di mamak dalam masa sejam lagi, abaikan. Itu hanya mewujudkan perasaan tak senang pada diri anda. Fikirkan positif. Lagipun bukannya takde lagi minggu-minggu depan kan?
Jadi, diharapkan tips yang diberi oleh professor serba tahu dapat membantu anda terutamaya untuk golongan yang ketiga. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh lah di ajukan di dalam ruangan komen atau menerusi emel. Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal!!!

3 comments:

mabuk said...

petang semalam gua mesej, pukul 11 malam baru kau balas, ada kaitan dengan entri ni ke?

linamajid said...

entry ni macam ko menjadi mangsa keadaan je..pesanan aku pula sebagai outsider, jika anda tidak meminati perkara tersebut, kenapa perlu setuju. Bila ditanya adakah anda memang bersedia menemani, jawab shj secara jujur.
Apa lah lu bro...

Bobo Brazil said...

-mabuk-

kaitan dia, xde kaitan mangkuk. yang ko sound lg 40 minit pehal? hahaha

-linamajid-

cik lina, tolong jgn salah paham!