Search This Blog

Friday, June 26, 2009

Sesekali bercerita pasal alam

Dua minggu direct ni aku bawa kereta sambil bukak tingkap. Sesekali rasa macam kat tepi pantai California je... Berdesup-desup angin masuk bile kete 1.0 CC aku tu pergi lebih 80km sejam. Lagipun buat apa nak bawak laju-laju. Bukannya kete aku tu sejenis ambulan yang asik-asik nak potong que je kejenya. Entah betul bawak orang sakit entah tidak.

Lagipun, ikut buku teks alam dan manusia, aircond kete mengandungi CFC @ kloroflorokarbon yang mampu menipiskan ozon. Bayangkan kalau atas jalan raya Malaysia ni ade dekat satu juta kete, semua pasang aircond, tak ke nipis jadinya. Baru kat Malaysia. Ape cita dekat New York, Sao Paolo, Beunos Aires, Bangkok?

Ozon tu penting. Sebab ozon berfungsi untuk menghalang sinaran ultraviolet (UV) (bukan ultraman ye adik-adik...) secara terus kepada manusia. Kalau kite menerima UV secara langsung boleh kene kanser kulit dan juga kerosakkan genetik.

Bayangkan, dalam tempoh 5 tahun, CFC ni naik perlahan-lahan masuk dalam stratosfera pada kedudukan 10-50km (kalau tak tahu ape itu stratosfera sila rujuk buku sains form 1). Kemudian atas lapisan ozon yang utama pada kedudukan 20-25km, semakin kurang UV yang diserap oleh ozon. Molokul CFC akan terurai selepas tindak balas dengan ozon, menghasilkan atom klorin yang berupaya memusnahkan ozon.

Kesan daripada sikap prihatin aku tu, tekak aku mula gatal-gatal, sakit tak payah cakap la.. Nak telan nasi pun rasa macam nak hempuk meja. Badan pun tak pasal-pasal demam. Cis!!! Lenkali bila sikap prihatin aku ni datang, aku nak pakai mask sambil memandu. Gile babi punya asap bas!

2 comments:

terrarosa said...

niat keh ada la juga nak bawa kereta sambil buka tingkap...

tapi masalahnya, kalau buka tingkap tudung mula tak menjadi, nak mengorat brader kereta sebelah pun dah tak ada mood , kalau tudung dah berkedut... nak gosok kat mana pula lepas tu...

ada cadangan ?

Bobo Brazil said...

klu cmtu, aok pakai tudung 'ekin' tuh. keh tengok indon kilang depan opis keh, selambe je turun bas mini kilang. tudung maintain weih.....