Search This Blog

Monday, May 18, 2009

Terima Kasih Cikgu!!! -tribute 1-

Walaupun aku tau cikgu-cikgu aku tak pernah baca blog aku, tapi aku nak buat satu entry untuk derang.

Sekolah rendah, SEKOLAH KEBANGSAAN SG. PELONG (senior-senior cerita dulu banyak polong. Hangguk dia arr...)

a) Cikgu Juriah Simu

Aku syak cikgu ni Jawa. Pendek je dia. Tinggi sket dari aku masa aku darjah 1. Pendek-pendek pon, mulut laser nak mampus. Selamba dia je nak laser budak-budak tak reti eja 'proton saga'. Ade sekali tu, cikgu Juriah panggil aku jumpe dia time rehat. Berdebor habis dada aku. Heh, rupanya dia suh aku betulkan jawapan pekse aku, siap suh aku rahsia jangan beritahu budak-budak lain. Heh, naik pentas aku akhir tahun tu. Periksa nombor 1 beb!!! Hadiah bekas pensel....


b) Cikgu Napsiah

Satu-satunye cikgu perempuan kat sekolah aku yang tau bawak kereta manual. Datsun kaler biru. Cikgu ni kool. Member kamceng Pn. Juli. Dia cikgu kelas aku masa aku darjah 2. Hari-hari membebel kat aku suh belajar rajin-rajin. Sebab bebelan dia la aku dapat nombor 1 dua penggal direct. Naik pentas lagi aku hujung tahun tu. Hadiah dah tukar jadi set buku cerita plak. Bila aku dapat 4A UPSR bukan main sronok lagi dia. Siap hulur $$. "Buat belanja masuk asrama nanti..." Heh! Duit tu tak sempat wat pi asrama pun. Aku labur kat game lumbe kereta. Pn. Juli bukan tau pun....

c) Cikgu Zaleha Mohamed

Orang 'Lepih'. Mak dia kawan nenek aku. Dunia ni kecik beb.... Pegang kelas aku dari darjah 3 sampai darjah 4. Muda lagi cikgu ni. Cun...... Major BM. Ada patut suruh aku bersyair dalam kelas. Tak pasal-pasal aku terus daftar masuk kelab drama sekolah. Sepanjang dia ngajar memang aku asik dapat nombor 1. Bukan atas dasar kroni. Aku memang bijak bistari. Nak buat macam mana. Aku memang terror. Pernah pesan kat aku, jangan pindah sekolah. Sekolah situ sampai amik UPSR. Tapi ape 'cer' tak sempat aku amik UPSR dia pindah ngajar tempat lain???

d) Teacher Fatimah

Teacher paling garang pernah ajar aku. Gile. Hari-hari buat spelling bee. Jadi 'bee' aku rasa lagi best dari masuk kelas dia. Salah satu ketuk ketampi. Salah lebih dari satu berdiri atas kerusi. Salah semua duduk luar pakai topi kon. Siap pesan kat budak-budak "Kalau hangpa malas nak blajaq BI, besar sok hangpa keja la kilang kicap." Baru sekarang aku paham maksud dia.

e) Cikgu Ismail Hassan Basri

Cikgu displin sekolah. Merangkap cikgu pengawas. Merangkap cikgu pengakap. Garang nak mampus. Tapi aku tau dia saja buat garang. Kasi budak-budak gerun. Ada taik lalat atas bibir. Pernah sekali, aku lead budak kelas aku main ping pong time BM. Cikgu lambat masuk. Tengah sedap masing-masing tunjuk skill smash lipat, "Gedegang!!!!!!!!!" dia hentak pintu kelas. Muke masing-masing pucat tak ingat. Dia amik bola ping pong, pijak pastu ludah. Seme yang main beratur panjang luar kelas, ketuk ketampi sampai cikgu masuk. Dem!!! Naik tangga bas lutut rasa macam nak tercabut! Hari penyampaian hadiah 1995, dia pick aku jadi "Pelajar Terbaik Keseluruhan". Heh! Amacam???

f) Cikgu Rosanah Mat Amin

Cikgu kelas aku darjah 6. Sebelum mengajar mesti dia amik 10-15 minit untuk slot Motivasi Bersama Cikgu Rosanah. Tak garang. Tapi suka guna reverse psychology. Budak-budak perempuan suka la. Pernah personally beritahu aku "Kamu ada banyak bende yang kamu hendakkan. Tapi kamu tak pernah beritahu kehendak kamu tu. Kamu suka pendam." Kalau aku beritau aku taknak datang kelas tambahan hari Sabtu, boleh????

g) Teacher Hamidah

Cikgu BI merangkap cikgu tuisyen aku. Belajar dengan dia, kurang sket debor aku dalam kelas BI. Masa tuisyen duduk sebelah aku sampai siap exercise yang dia bagi. Bila dia tengah ralit check keje aku, air liur dia mesti meleleh, pastu jatuh atas buku aku. Serius, aku tak tipu! Berkat air liur dia la BI aku takdelah hina sangat sampai sekarang. Setakat nak layan Alex Ferguson borak, tarak hal la....

Cikgu-cikgu yang kat atas ni adalah antara mereka yang buat aku jadi MANUSIA macam sekarang ni. Seme derang ni, aku tak pernah jumpe lagi lepas abis sekolah. Ntah mana derang hilang. Eh, ke aku yang hilang??? Terima kasih banyak-banyak cikgu.






4 comments:

mabuk said...

Ah...cikgu Juriah. Memang mulut laser. Macam Jaafar Onn

linamajid said...

aku tak ingat langsung nama cikgu2 aku..bagus kan aku ni...

Bobo Brazil said...

bagus

Bobo Brazil said...

-mabuk-

bukan dulu ko sayang dia gile babi ke?