Search This Blog

Thursday, April 30, 2009

Budak hostel dan nasi kandar

Diadaptasi dari sebuah kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis
Lokasi : Asrama universiti
Tahun : 2004
Genre penulisan : Seram

Malam tu konsentrasi aku menghadap buku Mikroprosessor 8051 sedikit terganggu. Dalam kepala dah terbayang nasi kandar, kuah kari campur, ayam madu, papadom complete set dengan teh ais. Pergh!!!!! Air liur yang meleleh tepi bibir cepat-cepat aku lap dengan hujung lengan baju. Sedap neh kalau dapat lepak-lepak dekat Naseer. Boleh tengok HBO skrin besar.

Tiba-tiba aku teringat. Duit mana cukup. Hujung bulan ada lagi 5 hari. Duit untung jambu ada RM2. Campur balance semalam ada RM3. Campur dengan duit syiling ada 70sen. Campur dengan balance dalam bank ada RM3.20. Jadi total sume ada RM5.70. Yang dalam bank tuh mana boleh keluar melainkan letup ATM mesin guna molotov cocktail.

Tengah aku mengira-ngira duit yang ada, Qin, member sebilik aku bersuara....

"Bobo, aku lapar la.. Tiba-tiba aku terbau kari Naseer neh.."

Aku hanya mengangguk tanda setuju. Sedap memang sedap. Poket aku yang tengah tak sedap neh.

"Ko ada berapa?" tanya Qin.

"Aku ada RM5.70 cash. Dalam bank ada RM3.20. Ko?" giliran aku pulak bertanya.

"Jap" Qin mencapai seluar jeans yang tersangkut pada kerusi study. Dia mengeluarkan duit yang berada di dalam poket. Nampak gaya lebih kepada syiling.

"Hmmm...aku ada RM6.20. Tak lepas weih nak makan..." jawab Qin dengan muka berkerut.

"Ko agak-agak nasi ngan ayam madu berapa ringgit?" tanya aku sambil mencapai kalkulator atas meja study.

"Itu hari aku makan RM5.80 gak dia cas. Tapi nasi penuh pinggan. Ayam pun besar" jawab Qin.

Aku terus tekan kalkulator. Aku pandang Qin. Qin pandang aku. Seolah-olah ada satu telepati antara aku dengan Qin. Aku bersiap. Qin bersiap.

"Let's go!" aku berkata.

"Moh kite!" Qin menjawab.

Kami pinjam motor budak bilik sebelah. Membelah keheningan malam dengan satu tujuan yang murni.

****

"Mamak, kasi nasi penuh, kuah kasi campur, ayam madu, amik yang besar aaa..teh ais 2. Pinggan kosong 1" Qin mengorder dengan penuh konfiden.

Aku hanya tersenyum sambil memandang skrin besar yang menayangkan cerita Pirates of the Carribean.

2 comments:

asyiqin said...

kesian...nye...pastu soknye..makan apa? ada duit x nk mkn?

Bobo Brazil said...

kitorang bhg dua... sorg dlm rm4. sok lunch + dinner megi. mlm jual jambu. amcm? mantap x?
hahahahahahahahahahaha