Search This Blog

Wednesday, April 29, 2009

Kisah putus cinta runcit-runcit Jon

"Jon, I rasa our relationship should end here" Eliza bersuara. Jon yang sejak tadi begitu asyik menonton Piala Malaysia tersentak. Nasib baik dia bukan penghidap lemah jantung. Jon terasa suasana tiba-tiba sepi. Seolah-olah semua yang ada termasuk mamak roti canai berhenti buat roti canai kerana terlalu terkejut dengan kenyataan Eliza.

"Hahaha. Kenapa pulak you cakap macam tu? Kita ok ape? You happy. I happy. We both happy.." Jon bersuara. Jon sedaya upaya menyembunyikan rasa cemasnya tapi kedengaran jelas pada getar suaranya. Siapa tak cemas beb, awek bagi ayat keramat. Silap gaya, tak kuat iman boleh terjun bangunan.

"Luarannya memang I nampak happy. Tapi I tak rasa itu cukup untuk masa depan I, membahagiakan I. And cuba you tengok sekarang ni. Setiap kali keluar, asyik-asyik lepak kedai mamak. Macam dalam KL ni ada kedai ni je..." Eliza mencebik. Luahan hati Eliza itu seolah-olah telah lama dia pendam.

"Sejak bila you jadi materialistik ni?" Jon bertanya. Dia cuba mengawal keadaan. Jon tau, ini mesti taktik Eliza nak suruh dia belikan tas tangan baru. Jonah paham sangat perasaan perempuan. Tak habis-habis nak berdrama. Cubalah berterus-terang kalau hendakkan sesuatu.

"Jon, I ni perempuan. Selain perlukan seorang lelaki yang boleh membimbing dan menjaga I, I perlukan harta untuk menjamin masa depan I. And, that things I don't think it will come from you. Even you sendiri pun tak tahu apa you nak dalam hidup you. Your future still blur. You have no vision. Cepat satisfy dengan apa yaou ada. Tak mahu nak majukan diri sendiri. Tak ada perancangan masa depan. You and your friends sama je. Kutu yang tak boleh keluar dari kelompok sendiri" Eliza menjawab dengan panjang lebar sambil matanya merenung tepat ke arah wajah Jonah.

Jon merasakan Eliza agak keterlaluan malam ini. Kalau ye pun tak puas hati janganlah dilibatkan kawan-kawannya sekali. Memang betul semua kawan-kawan Jon kutu. Tapi bukannya kutu yang hidup dengan mencuri, merompak, meragut, berlumba haram atau apa saja yang salah mengikut undang-undang Tuhan dan negara. Tapi Jonah masih bersabar. Jonah ikut sahaja rentak Eliza.

"You dah ada orang lain ye?" Jon cuba menduga. Jon berdoa agar dugaannya itu tidak tepat. Tapi jauh disudut hatinya, dia mengharap dugaannya itu tepat. Entah kenapa dia boleh berfikiran demikian.

Eliza terkedu. Raut wajahnya jelas menyatakan betapa terkejutnya dia. Lama dia memandang Jonah. Kemudian dia tersenyum. Senyum yang dibuat-buat. Fikir Jon.

"Ya. I met someone. Masa I kursus di PD tempoh hari. More matured than you and most suitable for me. He's got everything that I need. And kitorang dah declare..." Eliza berkata. Lancar tanpa tersekat-sekat. Dah hafal dialog agaknya.

"But does he knows how to make you happy?" Jon pantas memintas kata-kata Eliza. Muka Jon merah padam menahan marah dan malu. Marah kerana selama ini dia diperbodohkan dan malu kerana tak sangka dia begitu rendah pada mata Eliza walaupun pada fizikalnya Jon lebih tinggi. Jon tak sangka dengan sikap Eliza. Berpura-pura dan materialistik. Ikut panas hati Jon mahu saja dia karate meja mamak tuh. Tapi Jon masih sabar. Lagipun dia mana ada duit nak bayar meja mamak tuh nanti.

"Baiklah. Kalau itu yang you mahu. Lagipun itu hati you kan. Hope you bahagia dengan....Mr. what ever his name. Kalau I ade hutang you ape2, email kat I list and total dia. Nanti I bank in. Malam ni biar I yang bayar. Mamak!!!!! Duit atas meja!!!" kata Jon panjang lebar. Note 50 ringgit diletakkan di atas meja. Eliza hanya mendiam seribu bahasa. Terkejut agaknya dengan tindakan Jon.

Jon menuju ke arah kereta. Dia mengeluarkan rokok Sempoerna lalu dinyalakan. Dia sedut dalam-dalam. Hembus. Sedut lagi. Hembus lagi. Alamak!!!!!!! Jon menepuk dahi sendiri. Dia mana ada kereta. Datang tadi pun dengan kereta Eliza. Jon meraba-raba duit dalam poket. Ada seringgit je. Menyesal pulak dia bagi mamak tu 50 tadi. Itulah duit besar terakhir dia bulan ini.

Jon mengeluarkan telefon tangannya. "Hello! Amik aku. Pandan!"

5 comments:

asyiqin said...

hahhaha..jonah is lelaki ke?
ingatkan pompuan....
ayat still ok....tp bab ayat2 pompuan tu nk putuskan cinta tu yg aku rs klaka...

"Jon, I ni perempuan. Selain perlukan seorang lelaki yang boleh membimbing dan menjaga I....

sian si jonah...

Bobo Brazil said...

Jonah is lelaki. Nama penuh Jonathan. Gua twist sikit-sikit kasi nampak macam drama tv2.

linamajid said...

aku ingat jonah pempuan..tak pasal2 cinta lesbian..hehehehe..ropa2 nye laki2...ye ke?

Bobo Brazil said...

Tak baca ke iklan kat side bar tuh. Jonah tuh lelaki laaaa.

W.s Collection said...

hahahha..
nice story.. at least dpt release tension..thankss