Search This Blog

Saturday, February 14, 2009

cita-cita saya

masa saya kecik-kecik cili padi saya bercita-cita nak jadi askar. sebab atuk saya askar. pada pikiran separa sedar saya ketika itu, jadi askar cool.... masuk hutan. ada senapang. boleh tembak orang. tapi, saya bulat. Pn. Juli kata budak bulat tak leh jadi askar. nanti tak lepas panjat pokok. memang pon saya tak pandai panjat pokok. jadi saya cancel nak jadi askar.

bila saya besar sikit dari cili padi, saya bercita-cita nak jadi arkitek. sebab pakcik saya seorang arkitek. beliau memakai kereta sport. bagi saya itu cool.... dalam otak kanak-kanak saya dah ade kete sport saya boleh berlagak dengan kete sport saya dengan orang kampung. tapi, setiap kali kelas pendidikan seni, saya selalu dapat C. cikgu kata harimau saya seperti kucing. saya putus harapan nak jadi arkitek.

bila saya meningkat remaja, saya bercita-cita nak jadi archeologist. saya nak kaji fosil. kalau orang jumpe 'perak man', saya nak jumpe 'emas man'. waktu itu saya tak tahu orang panggil 'perak man' sebab dia jumpa kat negeri perak dan tiada kene mengena dengan sumber mineral. tapi, setiap kali kelas sejarah saya selalu mengantuk dan saya tak berminat menjawab soalan sejarah sebab kene tulis panjang-panjang. walaupun sejarah SPM saya A, saya kuburkan sahaja hasrat murni saya itu.

sebelum habis SPM saya bercita-cita nak jadi sound engineer. nafsu saya mengatakan nanti saya boleh berkawan dengan artis. saya boleh buat album mereka. nama saya akan tertulis kat cover album mereka. hari raya saya boleh berbangga dengan orang kampung. tapi, En. Romi kata boleh, tapi kos belajr tanggung sendiri. saya pendamkan cita-cita saya sebab kalau saya teruskan juga, sape nak sponser saya belajar. duit saya ada RM10 je dalam poket waktu tu....

masa kat universiti, saya amik course electronic engineering. saya bercita-cita nak keje dekat intel ataupun altera. pada hemat saya, nanti gaji besar. saya boleh beli kete sport. tapi, saya menyampah buat lab test. boring, terkongkong dan sejuk. saya campak cita-cita saya itu jauh-jauh.

sekarang saya dah keje. saya boleh buat apa saja saya suka. En. Romi dan Pn. Juli pon dah tak boleh nak kongkong saya. tapi saya tak puas dengan keje saya. sebab keje saya kurang mencabar. saya nak tukar keje. saya nak jadi ah long. kalau jadi ah long, saya boleh pukul orang yang tak dengar cakap saya. boleh?????

No comments: