Search This Blog

Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya

1. Tahun ni gua beraya pertama di Kampung Tempoyang, Kuala Lipis. Sekian lama gua tak balik, tahun ni dengan lembut hati gua jejak kaki ke kampung nenek gua ni. Dengan berbaju raya hijau poko pisang, gua nampak bergaya juga dengan spek hitam. Gua tau, ade 2-3 makcik berbisik tersenyum simpul nak lamar gua jadi menantu. Hahahaha

2. 3 biji rumah sedara yang sempat gua ziarah sebelum perut meragam, belum lagi gua jumpa yang hidang air sirap. Nate! Urban sangat dah Tempoyang ni. Tak klasik raya langsung kalau hidang air botol. Memang patut laa perut gua kembung awal. Nate!

3. Esok cadangnya nak ziarah kubur arwah atuk. Bekas koperal tentera melayu zaman Jepun. Ade parut kene tembak dekat bahu kiri dia. Memang kene laa besok gua pergi ziarah. Lepas baca Yassin gua cadang nak angkat tabik. Unsung hero tau..

4. Akhir karut, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

VFN said...

selamat hari raya beb!
kalau sempat kita dating at kuantan ok ;)

Anonymous said...

Selamat hari raya. Dah kat kuantan ni.. Hahaha