Search This Blog

Monday, June 6, 2011

Beruang Silat

Gua sekarang sangkut dalam jem. 3 kali gua tengok traffic light depan tak depan 20 kereta selangnya dari gua berkelip-kelip hijau. Tapi, lane gua tetap maintain dia punye statik. Mungkin polis trafik yang kawal di depan makan suap dengan driver arah bertentangan. Ah, malas la gua nak buat speku.

Sesak dalam jem, berseorangan memang boleh melahirkan emosi yang kurang stabil. Tapi ada masa juga, boleh latih otak gua berfikir secara kritis dan di luar kotak walaupun otak gua bukan bentuk kotak. Buat masa ni gua terfikir nak ada kereta terbang. Pakai pulak tenaga solar. Bukan bateri sel basah. Tak payah nak cas-cas. Sistem terbang jangan harap sangat pada microsoft. Elok design processor jenis lain. Jenis yang susah nak crash. Stereng biar bentuk dia solid-solid buat putaran 360•. Ah, tayar pakai jenis tayar mati. Senang takyah nak isi angin bagai.

Amacam, out of box tak otak gua kali ni?

Nota untuk bos: hari ni gua cabut awal. Hal-hal kerja gua pikir esok je gua buat secara bersungguh. Len kali hari Isnin kasi cuti je lah.. Gua memang takde mood. Gua nak pergi tengok kungfu panda. Bye!

2 comments:

VFN said...

eleh...
apsal tak bawak aku skali?

Bobo Brazil said...

eleh...
apsal tak cakap!