Search This Blog

Saturday, November 6, 2010

Pindah dan bersekedudukan

Gua dah pindah. Kawasan orang-orang yang guna akal fikiran. Yang tahu beza jam 12 tengah malam dengan tengah hari. Yang kenal bahaya main mercun. Senang cerita, yang jenis fikir guna otak. Bukan lutut.

Kawasan rumah baru gua ni pun, yang gua dengar hanya kicauan si burung-burung. Kadang-kadang bunyi basikal pakcik guard yang meronda setiap sejam. Suara baby menangis langsung takde. Apatah lagi budak-budak yang baru nak kenal apa itu basikal. Nyaman, tenang dan harmoni.

Oh, ye. Gua memang bersekedudukan sekarang. Eh, bukan. Bukan dengan buah hati. Moden, moden juga brader. Akhirat jangan di lupa. Gua duduk berdua aja. Sama-sama suka bangun lambat di hujung minggu. Mujur surau betul-betul depan tingkap dapur.

Entah kenapa tiba-tiba gua rasa macam duduk dekat hostel.

3 comments:

Donna said...

Giler..Belum ujung taun dah pindah..Kena halau ker?

elly said...

Ke ko memang duduk kat hostel?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kemaskan rumah gua tu betul betul sebelum bla