Search This Blog

Sunday, November 14, 2010

Berjimat cermat

Semalam gua bawa Mira, anak buah gua ke rumah baru. Rumah bujang. Lepak-lepak. Lari dari bebelan mak dan hingar bingar mak-mak sedara gua kat rumah.

"Bobo, rumah ni takde sofa eh?" tanya Mira. "Best ke tengok tv baring atas lantai macam ni?"

"Ok ape, sejuk" gua balas ringkas.

"Peti ais pun takde. PS3. Astro. Kenapa tak beli?" tanya Mira lagi sambil melihat-lihat sekeliling rumah gua yang serba simple. Dah mirip-mirip perangai nenek sedara dia.

"Alah, nanti beli la. Slow-slow. Buat ape nak membazir duit" jawab gua secara berhemah.

"Kerja sampai malam-malam benda-benda basic macam ni pun tak boleh beli. Hishh!" cebik Mira pada gua.

.

.

.

Gua dah nampak. Anak sedara gua yang sorang ni memang jenis perempuan materialistik bila besar nanti. Dia ingat dulu dia lahir atas duit ke?

Rasa macam nak terajang ikut sliding door pun ada juga semalam!

3 comments:

elly said...

Eh betul apa kata Mira tu...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

Apa ni Mira..kata suruh pakcik bobo kawen tu yang berjimat tak ingat...


yok amir ali coner

Bobo Brazil said...

elly,

Mira tu baligh pun belum. apa yang betulnya? hahaha

brutal,

ali corner? ayam madu dia memang mantap!