Search This Blog

Saturday, October 2, 2010

Tak settle-settle lagi...

Sepanjang 2 minggu tempoh merajuk buah hati, hidup gua rasakan penuh ke-bangang-an, ke-boring-an, ke-gampang-an. Pendek cerita, brengset.

Sepanjang 2 minggu tempoh merajuk buah hati, gua cuba-cuba tekel 2-3 stok yang gua rasa boleh buat spare part. Tapi, sekor-sekor buat gua jalan kaki atas kepala bawah.

Sepanjang 2 minggu tempoh merajuk buah hati, kandungan lemak dan air dalam badan gua menunjukkan indeks penurunan. Ini, buat gua tersenyum. Tapi, kadang-kadang pedih juga. Ape cerita telan nasi, tapi takda rasa.

Sepanjang 2 minggu tempoh merajuk buah hati, gua langsung tak jumpa mana kad touch n-go. Mula-mula gua syak, buah hati yang rembat. Tapi, dalam 2 minggu mana gua ada jumpa beliau lagi. Pundeklah!

Sepanjang 2 minggu tempoh merajuk buah hati, gua... ah, persetanlah! Gua memang rindu.

Ok, sekarang gua nak siap-siap jumpe beliau. Harap-harap buah epal California ni takde buat hal sangat masa nak memujuk nanti.

3 comments:

F A R Y N said...

belilah bunga!
hahahaa

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

lu tinggal aje accounting ambik polis ke.. nurse ..doctor ke merajuk tetap ambik kes

Bobo Brazil said...

-faryn-
bukan boleh buat makan. hahahah

-brutal-
gua pikir elok amik cikgu. hahahaha