Search This Blog

Thursday, August 12, 2010

Cerita diet gua semalam

7.30p.m

Gua mulakan dengan sebiji kurma. Serentak juga dengan doa berbuka. Di susuli pula dengan seteguk carrot susu. Gua sendawa kecil. 2 keping murtabak, sepinggan nasi beriyani ayam madu dan sepotong buah tembikai selamat di kisar di dalam perut 30 minit kemudian. Gua tutup sementara dengan 2 biji kuih koci. Gua bersandar selesa.

9.30p.m

Sepinggan maggie goreng dan segelas teh tarik terhidang di atas meja. Gua layan sambil tengok Bersamamu.

10p.m

Buah hati bawa sample kuih raya. Settle 2 biji biskut conflake, sebiji kuih suji dan sebungkus kecil kerepek pisang.

10.30p.m

Segelas milo panas sambil borak-borak hal-hal masalah setempat.


Ah, bulan puasa bukan bulan terbaik untuk gua berdiet. Salahkan peniaga bazar ramadan. Salahkan Ali Corner yang beroperasi 24 jam. Salahkan kapitalis-kapitalis. Salahkan kerajaan. Salahkan geng-geng surau. Salahkan mereka semua!

5 comments:

F A R Y N said...

hoish!
melampau betul makn..

Hashim Zabidi said...

Kamu ni dah masuk status 'Bukan papan bertarah' Awas, kencingmanis, darahtinggi menanti kamu lepas raya nanti.

Bobo jangan jadi bubur.

one_munawwarah said...

tahun lepas semangat benor pergi terawih nak usha anak pak imam. hahahahaha

Bobo Brazil said...

-faryn-
baru berbuka namanya.. hahaha

-pakcik hashim-
bubur lambuk memang sedap di buat berbuka pakcik. hehehe

-one-
gua terawih setat minggu depan. hahaha

ku2 said...

salam.
yang salah adalah LU!

maaf jika kenyataan itu menyakitkan.