Search This Blog

Tuesday, January 5, 2010

Hal-hal lipstick kadang-kadang boleh buat gua jadi Wolverine!

Ahad lepas gua bangun pagi semata-mata nak bawak anak buah gua si Mira round-round KL. Dah lama gua buat janji kosong. Gua ingat masuk tahun baru gua nak kasi janji berisi sikit. Alah, setakat bawak round-round aje pun. Nampak KLCC jangan harap gua nak singgah. Boleh jadi nipis dompet.

Tepat jam 9, gua dah siap-siap tunggu depan pintu. Gua start enjin kereta kasi suam-suam kuku. Mula-mula gua pikir nak bawak naik komuter saja. Lepas muhasabah diri baik gua drive saja pergi KL. Tak elok sangat kalau si Mira nampak gua terajang pintu komuter.

Tungu punya tunggu, kesabaran gua jadi senipis tisu. Gua kerling jam, gua usha matahari. Matahari kalau dah tegak atas kepala boleh naik temperature. Gua mula mencekak pinggang ala-ala Mak Dara.

"Mira, cepat la!!!" gua mula buat suara macam warden asrama gua dulu-dulu.

"Kejap, kita nak cari lipstick ni!!!!" gua nampak Mira lari-lari sambil kepit beg mekap mak dia.

Ah, budak-budak zaman sekarang... Nak lempang anak sedara sendiri!

p/s : Mira tahun ni baru naik darjah 3. Gua masa sebaya dia dulu lepas makan aiskrim kesat mulut guna lengan baju lagi...

5 comments:

atiqahdahalan said...

hoho...
maju betul anak sedara ko.
ko patut rase bangga ada anak sedara yang tanak menjatuhkan imej ko mase jalan sama2...

FARYN said...

wooo..kecik2 dah merah bibir..ish ish!

eL said...

pompuan, biasa la. orang kata "eh comelnya budak ni", anak sedara aok jugak. yang tak comel, kalau dia ikut jejak aok kesat mulut dengan lengan baju lepas makan aiskrim.

Bobo Brazil said...

-one-
ah, nanti timbul riak pulak. hahaha

-faryn-
memang tak patut. hahahah

-eL-
comel jugak sebenarnya lap mulut guna lengan baju... haahahha

Unknown said...

budak skang lebih dr zaman kite...aku teringat masa kecik2 dan skang rs..mcm xbyk beza...hmmm...nampaknye anak sedara ko advance lebih 18 thn dr aku...