Kepada para peminat, sedara mara, rakan taulan, jiran tetangga, sila baca dalil di bawah sebab apa gua tak pernah pernah buat penampilan khas di open house korang...
Kekangan masa
Serius cakap, gua memang tak cukup masa. Hujung minggu lah satu-satunya masa untuk gua kemas bilik, basuh kereta, basuh baju, gosok baju, kemas sangkar kucing, baja pokok orkid mak, cuci longkang, sapu sawang, polish motor bapak gua, cuci bilik air, betul paip bocor, cuba resepi baru, ishh... banyak la keje gua. Jadi memang tak sempat nak ke open house.
Urusan negara Castle Age
Gua sekarang sibuk sikit dengan urusan kingdom maya gua. Banyak sangat battle nak kene join. Belum lagi kes menolong kawan-kawan melawan naga berapi. Nak buat jampi serapah segala bagai. Pendek kata memang sibuk. Memang tak 'dan' lah nak ke open house.
Kesesakkan lalu-lintas dan faktor lokasi kejadian
Ini pun satu hal jugak. Lepas raya seminggu ni, wiken sekarang dia punya jem lain macam. Dah setaraf hari bekerja gayanya. Gua memang tak lalu nak bertarung dengan jem time wiken. Boleh lari alignment lutut. Lagi satu hal, lokasi open house yang bukan di atas latitud yang sama. Ada sekali tu sedara gua kat Banting buat open house, kat Cheras pun buat jugak. Kalau salah satu tak pergi, kecik pulak hati. Dua-dua pergi, gua pulak yang sakit hati. Apa ingat gua drebar teksi jarak jauh ke?
Soal hati dan sanubari
Gua memang malas nak pergi pun. Habis cerita!
9 comments:
huh!dalil paling last yg paling jujur dan ikhlas :P
ringkas, padat dan penuh kejujuran. heh!
dalil yang last tu gua caye..
nak kena tambah dalil lagi tu,
Hati masih tergedik - gedik nak ke open house umah Tok Imam, dengan syarat anak pompuannya yang baru balik dari Mesir ada bersama.
Amacam ? kemas tak :P
Perenggan pertama, baris pertama, 3 perkataan pertama. Tak boleh blah. Perahsan ada peminat hahahaha
-aku-
haha molek benor le...
-terra-
mane ade weih... keh ikhlas kalau melibatkan pak imam ni..
-eL-
itu bukan perasan, itu perasaan
bai....kata amik gambar guer....lu citer kt mana?...
nanti dlu bai, gua dah ade idea tapi x sempat lagi nak karang. lu bubuh sket gambar seksi kat fesbuk lu. muahahahaha
cuih...gambar seksi..ape kejadahnye...
p/s:nk carik kolam renang nk amik kat dlm air....wow seksi!!
Post a Comment