Search This Blog

Thursday, July 9, 2009

Biru mata hitamku

Ada satu hari tu gua tengah asyik bershopping dvd kat satu kedai ni. Banyak gile. Macam-macam ada. Rambang mata jugaklah nak memilih.

Tengah sedap-sedap membelek, tiba-tiba gua terdengar satu conversation nih. Antara akak kedai dengan sorang budak. Gua agak-agak budak tu darjah 2 takpun 3.

Budak : Kak, dvd blue ade tak?
Akak : Eh, dvd blue apa ni dik?
Budak : Ala kak, cite blue tu la
Akak : Sini tak jual dik. Mana boleh
Budak : Apsal lak tak boleh. Cite orang ngan anjing tu la

Tersentap gua dengar. Tak sangka betul budak-budak zaman sekarang. Umur tak sunat lagi dah pandai bende-bende macam ni. Contoh anak-anak hadhari la ni! Gua pikir baik gua tolong akak tu kasi settle dengan budak tu. Patut kene tabligh budak ni. Gua ingat sambil tabligh sambil bagi luku 2-3 das kat kepala dia. Tapi, tak sempat gua nak melangkah, tokei kedai dah take over dulu...

Tokei : Adik, ape cite lu mau tadi?
Budak : Cite blue. Yang anjing tu
Tokei : Ooo.. itu cite. Ada-ada. Tunggu sikijap aa...

Tak sampai seminit tokei kedai tu datang balik. Gua dah mula menggigil. Nak kene budak apek ni. Dasar perosak anak bangsa. Bila gua tengok je cover cd tu, entah kenapa terus gua rasa sebak semacam...

Tokei : Adik, ini cite ka?
Budak : Ha, yang ni la..
Tokei : Adik aa... lain kali kasi cakap Blue's Clue laa... Nanti confuse maaa....

Itu jam gua rasa yang patut kene tabligh tu sebenarnya gua. Akak tu pon patut join sekali. Lain pikir takde....

5 comments:

one_munawwarah said...

hadoi. aku pun dah nak terburuk sangka dah dengan adik tersebut.

Bobo Brazil said...

abisla....

aida cy said...

aku rasa akupun wajar ditabligh..
gila suci crite blue's clues tu..

Bobo Brazil said...

jom pergi ramai-ramai

asyiqin said...

mcm xleh tgk kt tv je...