Search This Blog

Tuesday, June 16, 2009

Post yang ke-100 : Bundle

Mula-mula aku kenal baju bundle masa zaman universiti dulu. Itu memang baju mampu milik untuk orang kebanyakkan macam aku. Lagipun sebagai pelajar yang mempunyai salah satu sifat mahmudah yakni wasatiah, buat ape nak beli baju mahal-mahal. Buat habis duit PTPTN je... Beli kat kedai bundle memang jimat. Sehelai boleh dapat lima ringgit. Kalau pandai pilih dapat la t-shirt yang 'branded'. Kain pun sedap di pakai dan amat bersesuaian dengan iklim khatulistiwa di Malaysia.

Tiap kali masuk mana-mana kedai bundle, mesti aku terbau bau-bauan yang sama. Pelik sungguh. Mula-mula aku syak ade unsur konspirasi antara pekedai bundle. Mungkin diorang guna bomoh, pakai bau-bauan buat pelaris. Tapi macam tak logik pulak. Rupe-rupenya, semua baju bundle ni dah pun kene sembur dengan bahan kimia. Yang pasti bukan Ridsect la. Ini memang brader bundle tu yang cerita dekat aku. Bila brader tu tengok muka aku lain macam bila dia sebut camtu, dia pun bagi aku tips camne nak kasi hilang itu bau....
  1. Mula-mula, rendam baju tu dengan air panas campur garam. Ini nak bagi mati kuman katanya. Confirm takde unsur gatal-gatal.
  2. Taruk air dalam baldi. Curah dengan Dynamo ataupun yang sewaktu dengannya. Kalau takde mende tu, syampu rambut pon boleh. Janji wangi. Sabun cap Kapak pon boleh gak kalau suke. Rendam secukup rasa. Tak perlu lama-lama sangat. Barulah baju berbau wangi.
  3. Yang paling penting (ikut kate brader tu...), basuh sendiri. Jangan suruh mak ataupun makwe yang basuhkan. Sebab nanti memang mulut diorang laju je kate..."Ko tak geli ke pakai baju-baju terpakai camni?". Confirm punyelah. Hehehe
So, setiap kali aku beli baju bundle, memang aku apply tips brader tuh. Cuma sekarang ni tips yang no.3 tuh aku dah handover kat mesin basuh rumah aku. Yelah, sape lagi kan? Kalau tak sia-sia je dia jadi mesin basuh. Huh!

2 comments:

mieza said...

aku suke bundle.

asyiqin said...

aku serius..terbayang2...gile la rs..kalu jalan kt kedai bundle..bila tgk suar..rs mcm tah2 org tu pernah kencing ke apa ke...kalu tgk bj..rs mcm nampak rona2 bakal kene kurap...


bukan hina...byk sgt trauma bile tgk bj mcm tu...

aku kan berkulit sensitif...x sanggup amik risiko.