Search This Blog

Wednesday, June 10, 2009

Jawatan kosong!!! Diperlukan Segera!!


Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah sila hubungi saya:-
  1. Penyabar.
  2. Menepati masa.
  3. Kelakar dan periang.
  4. Pandai berbahasa Inggeris.
  5. Tahu memandu dan mempunyai lesen yang sah.
  6. Tahu selok-belok jalan (terutamanya Lembah Klang).
  7. Jarang-jarang membebel dan merungut.
  8. Bijak menguruskan hal ehwal kewangan.
  9. Bijak dalam urusan membeli-belah.
  10. Pandai memasak dan mementingkan kebersihan diri dan persekitaran.
  11. Mendapat A1 dalam subjek Pendidikan Islam peringkat SPM.

Jawatan yang ditawarkan ialah Pengurus Emosi saya. Jawatan ini adalah kontrak selama 2 tahun. Jika anda menunjukkan kecemerlangan sepanjang perkhidmatan, kontrak anda akan dilanjutkan ke tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Kepada yang berminat boleh menghubungi saya pada kadar yang segera.

Sekian, terima kasih.

6 comments:

linamajid said...

Aku layak!

terrarosa said...

3 ?
6 ?
10 ?
11 ?

Encik,
bagilah saya peluang , pengalaman datang dengan sendiri.
hahahaaaa..

Bobo Brazil said...

1
2
4
5
7
8
9

ape cite terra? keh pentingkan sume

asyiqin said...

1
2
3
4
5
9
10
11

jadi pengurus emosi...menarik gak tu...cume nk tau gaji brp?

hahhaha...blh ke?jalan2 kt tengganu je la...kl x reti sgt...huhuhu

Bobo Brazil said...

ah,lu awal2 lagi gua reject! kah kah kah

semut sesat said...

mau juge..offer masih dibuka???hakhakhak