Search This Blog

Thursday, June 18, 2009

Bermasyarakat

Pagi tadi orang HR buat pengumuman big boss opis aku (owner company) meninggal dunia. Aku terus terbayang cuti dua hari... Tapi, sia-sia. HR arahkan semua staff berkumpul kat rumah arwah untuk bacaan Yassin. Aku terima arahan dengan redha....Sekurang-kurangnya hari nie aku tak payah buat kerja. Hehe

Arwah ni bertaraf Dato'. Umah dia bukan main besar. Empat kali ganda umah Pn. Juli. Ada kolam renang lagi dalam rumah. Sebabkan aku datang atas tujuan beribadah dan bukannya beriadah, aku kensel duk tepi kolam. Kalau tak mesti aku dah MMS aksi ala-ala artis Mangga kat Paulina.

Tengah mata aku melilau tengok rumah arwah sementara orang lain baca Yassin, tiba-tiba aku teringat kata-kata ustaz aku masa sekolah dulu. Banyak mana pun harta yang kita kumpul, yang kita ada, tak ada satu pun yang akan kita bawak ke kubur bila kita mati melainkan tiga perkara, amal ibadat semasa kita hidup, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh. Terus tersentuh hati rockers aku. Insaf seketika.

Sebelum balik rumah, aku singgah mamak pekena teh dengan member lama. Borak-borak hal dunia waktu azan Maghrib.

5 comments:

mabuk said...

ko semayang maghrib kat mamak ke? mamak mane? ali corner?

NORHANIDA YAHYA said...

manusie mmg insap sekejap je kan..
tgk,balik dari bace yassin bleh lepak mapley sampai magrib.
ish2..huhuhu

asyiqin said...

mmg...manusia ni x sedar..insaf seketika...setelah diberi peringatan 2 jam..lepas tu lupe terus lepas 2 minit....

Bobo Brazil said...

weih... gua smayang arr maghrib. jemaah lagi

aida cy said...

ha yok..
riak smayang jemaah..
dosa besar riak..akut r tu