Search This Blog

Friday, May 22, 2009

Hi, Roy....


Bile sebut nama Roy aku terus terbayang Faizal Husein dalam cerite Gila-Gila Remaja. Sampaikan aku rasa nak tukar nama dalam surat beranak jadi Roy. Gile fames cerita tu. Budak-budak lahir tahun 70an and 80an kalau tak tau cerita ni, korang memang tak true. Memang spesis tengah hari main tepi longkang tak pun main pijak-pijak pasir depan rumah.


Cerita tu sedikit sebanyak menyuntik semangat aku nak belajar rajin-rajin. Masuk universiti. Nanti boleh pakai motor Scrambler. Pastu gi rewang-rewang dengan geng. Ngorat-ngorat. Dating tepi tasik. Gi kelas pakai jaket. Spek hitam. Kasut Nike high cut. Pergh...... memang impian murni sungguh. Tapi, hakikatnya zaman universiti aku hanya mampu berjalan kaki sedangkan orang lain dah naik Kancil, pergi kelas pakai selipar sampai haus tapak dan tak pernah sekali pun aku mengorat lecturer.


Cuma, hari ni aku rasa macam dah tak best je nama Roy tuh. Secara tidak langsung terbit rasa syukur dalam hati sebab aku tak tukar nama dalam surat beranak.


*******


Paulina : Malam ni ko pegi amik kawan ko ke Roy?

Bobo : Tak sure lagi. Adik dia kot pegi. Eh, tapi apsal ko panggil aku Roy?

Paulina : B.O.R.O.I


Cisssssssss, hina tak ingat!!!!!!


2 comments:

asyiqin said...

hmmm..boroi ye...hmmm

Bobo Brazil said...

boroi gua berisi kolestrol yang terlebih...