Search This Blog

Saturday, March 28, 2009

Alam ria cuti sekolah - Langkawi -


Cuti sekolah yang lepas, gua dan ahli pasukan gua membuat trip bajet ke Langkawi. Idea ke Langkawi tercetus masa kitorang dalam perjalanan pulang dari kenduri kahwin ketua pasukan. Tambahan pula salah seorang ahli persatuan ni memang tak pernah jejak kaki ke Langkawi. Gua syak dia waris keturunan Mahsuri yang melarikan diri selepas kecewa dengan sikap Tok Ketua kampung yang percaya kepada fitnah Mahsuri. Tapi beliau menafikan sekeras-kerasnya. Bersungguh betul!

Sebelum gua bercerita secara lanjut mengenai trip bajet ni, gua nak kasi briefing skit pasal persatuan ni. Ahli persatuan gua terdiri daripada 7 orang. Kesemuanya educated, talented, berdisiplin, berhemah tinggi, patuh pada ajaran agama dan kurang sosial. Sepanjang penubuhan persatuan dah bermacam-macam aktiviti dirancang, antaranya trip sewa kereta ke Bukit Bendera, trip mandi-manda di Taiping, trip tengok sawah di Bagan Serai, trip mandi-manda di Sedim, trip melantak di Padang Kota dan jugak trip melawat Zoo Taiping dan Tasik Taiping, tak termasuk trip perabih duit kat shopping complex sekitar Penang sebaik sahaja pihak kerajaan memasukkan sejumlah wang pinjaman wajib bayar kepada semua ahli persatuan.

Perbincangan secara serius untuk ke Langkawi di buat di sebuah hutan simpan di Shah Alam. Nak kedamaian dan ketenangan kata ahli persatuan. Trip ke Langkawi hanya disertai oleh 4 orang ahli. 3 orang lagi tidak dapat turut serta disebabkan oleh beberapa faktor alam. Sorang berada di Sarawak secara paksa rela, sorang lagi tengah berbulan madu di Perak dan sorang lagi di ambang mabuk cinta di Johor.


Setelah berbincang dengan penuh jerit pekik "saya mencadangkan...", "saya cadangkan cadangan ditutup", "saya membantah!!!", dan "setuju!!!!!" ahli persatuan sebulat suara memilih tarikh keramat 21/3/2009 untuk bergerak. Masing-masing dengan dada berdebar dan riang ria dihati tak sabar untuk menempuh percutian sebegini hebat perancangan. Tambahan pula, inilah percutian paling jauh pernah dibuat oleh persatuan.

Nantikan kisah selanjutnya kisah ahli persatuan dan percutian di pulau keramat dalam entry seterunya. Sebab apa gua panggil keramat??? Tunggu.............

4 comments:

ayuadlina said...

aku nak tambah...ketua rombongan yg sgt peramah telah melayan pakcik2 mulut manis (nie kire bidalan jew, sbb aku pasti mulut mereka seme busuk sbb merokok)...sehingga kami terbeli tiket island hoping walaupun blom tahu kisah selanjutnye yg akan berlaku di sebalik sebuah pulau....

Anonymous said...

????

Anonymous said...

sape ketua rombongan yg di maksudkan??? takleh lgi besa kerr gambo tuhh?..ape pown nek time klu nk wat trip kna plan btul2..blja dri kclapan k...

Bobo Brazil said...

-ayuadlina-

Ketua kumpulan memang seorang yang lembut hati....

-anonymous-

Gambar tuh gua dah adjust banyak kali. Tapi tetap besar. Gua saspek lu dah ada lagi satu specialties. Huahuahuahua