Lepas habis kerja, aku terus memacu 'ikan' ku ke Sri Hartamas berjumpa dengan Cik Koko.
Cik Koko seorang pengurus yang berjaya, berkaliber, cekap, amanah, mesra dan betul di sebuah syarikat di Sri Hartamas.
Ketika sedang makan di kedai mamak berhampiran, Cik Koko menunjukkan handphone barunya pada aku. Wah!!! Patut la bila hantar message pada beliau tiada lagi message pending di handphone aku. Cik Koko tersenyum lebar bila aku memuji dan mengkagumi beliau memiliki handphone baru setelah beberapa kali dikutuk sebagai 'kodokut'.
Aku : Boleh MMS?
CK : Boleh....(senyum)
Aku : Ada 3G? Boleh wat video call?
CK : Ada..ada.. (dengan penuh confident sambil membelek2 handphone barunya)
Aku : Wah, hebat2.
CK : Betul ada... Jap aku tunjuk
Aku : Hehehehe
CK : Eh, video call tuh kat mana?
Aku : KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH
Habis bersembur roti nan dalam mulut aku. Inilah Cik Koko yang aku kenal. Confident itu penting!
2 comments:
gile baguih punye sifat...hahahahahah
ye..ye.. hahahaha. Yang penting itu confident!
Post a Comment