Search This Blog

Saturday, January 24, 2009

Mimpi Moon

Arwah nenek aku pernah berpesan, sebelum tido basuh kaki. Kalau tidak nanti akan mimpi hantu ataupun akan mengigau. Sebagai orang muda yang menerima pendidikan sekular, aku amat jarang sekali mengamalkan apa yang dipesan oleh beliau.

Lagipun, jika dilihat dari sudut saintifik, matematik dan kosmetik apa kaitan basuh kaki dan mimpi hantu. Apakah hantu suka duduk di kaki yang tak basuh tu semasa kita tidur? Apakah hantu akan masuk ke alam mimpi kita melalui tido jika kaki kita tak basuh? Apakah hantu akan geletek kaki kita yang tak basuh itu lantas menyebabkan kita mimpi ngeri? Tetapi, aku tak pernah sekalipun mengajukan persoalan-persoalan ini kepada beliau. Bimbang beliau akan berkecil hati.

Setelah hampir tiga tahun arwah meninggalkan aku dengan persoalan itu, akhirnya malam tadi aku mendapat jawapan secara langsung. Aku bermimpi ngeri! Aku bermimpi seram! Sungguh menyeramkan sehingga bulu roma aku berdiri di waktu aku bangun tido. Lebih berpuaka dari puaka Niyang Rapik.

Aku bermimpi, ada seekor beruk yang memakai gaun mengejar aku. Bila dia menghampiri aku, dia meragut beg aku ( apakah peragut berketurunan beruk??? ). Yang menyeramkan aku merayu dan menangis kat beruk tuh minta supaya pulangkan balik beg aku dan berambus jauh-jauh. Tetapi aku digelak oleh beruk memakai gaun tersebut. Hina bukan??? Seram bukan??? Ko merayu pada seekor BERUK YANG MEMAKAI GAUN!!! dan digelak dan dipermain-mainkan. Memang celaka!!!!!!! Aku akan anti tengok beruk pakai gaun lepas ni. Aku anti!!!!! Aku tidak akan sekali-kali menjejakkan kaki ke sarkis lagi!.

Mulai malam ini, aku akan basuh kaki sebelum tido....


beliau bukan beruk dalam mimpi aku... sekadar gambar hiasan

2 comments:

Unknown said...

ala bunzz...xkan la anti ngan kaum sejenis...ni kira baik la..kalu dia degil leh la tarik ekor dia..ko?
ada ekor ka?..hahhaa

Bobo Brazil said...

eh, bukan sekali dengan ko ke???