Search This Blog

Thursday, January 29, 2009

Malang yang berbau

Dalam perjalanan ke ofis dengan perasaan suam-suam kuku, aku terserempak dengan satu kemalangan. Kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal yang ditunggangi seorang makcik menjual ayam. Sebelum ni aku selalu nampak makcik ayam ni dengan motornya melintas jalan. Tapi pagi tadi aku nampak makcik ni baring di atas jalan bersama-sama raga ayamnya.

Aku tak pasti pemandu kereta mana yang begitu zalim, baghal, bodoh, badigol, samdol, tolol yang langgar motosikal makcik ayam ni. Lagipula, jalan tersebut pada kebiasaanya kebanyakkan pemandu yang berhemah dan bersopan santun serta mematuhi dan memahami peraturan jalan raya akan memperlahankan kenderaan kerana terdapat dua simpang di mana makcik ayam tersebut selalu melintas.

Kesian makcik ayam tersebut. Pada masa aku lalu, makcik tersebut terbaring dengan hidung beliau berdarah ( aku dapat tengok dengan jelas dari dalam kereta . Aku harap makcik ayam tersebut selamat dan pulih dengan cepat. Nasib baik tiada ayam di dalam raga beliau. Jika tidak mungkin mangsa nahas kemalangan bertambah dari seorang ke seorang dan beberapa ekor.

No comments: