Search This Blog

Showing posts with label bobo dan mimpi. Show all posts
Showing posts with label bobo dan mimpi. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

Ingat, sebelum tido basuh kaki!

Pagi Ahad lepas tido gua diganggu bunyi bising.Riuh rendah macam funfair. Ape kejadah? Gua tengok jam loceng baru pukul 8.30 pagi. Gile ape buat kenduri pagi-pagi buta. Ade orang meninggal ke? Gua mula terbayang satu dua muka yang ade potensi untuk pergi dulu.

Dengan gaye malas, gua melangkah longlai menuju ke pintu bilik. Bila pintu bilik di buka, apakah???!!! Gua menenyeh-nenyeh mata. Gua tengok Mak Ngah dengan Mak Long gua tengah susun buah-buahan diikat riben atas dulang. Cokelat ferero rocher pun ade jugak. Gua naik heran. Ni macam kenduri kahwin. Sape nak kawin ni? Ke gua salah masuk rumah malam tadi? Ataupun pintu bilik gua bertukar menjadi pintu penghubung ke dimensi lain?

"Weih, ape hal lu tak mandi lagi ni? Lambat plak kite ni karang" sergah satu suara di belakang. Cousin gua si Deni rupanya.

"Lambat mende ni bang Deni? Ade ape ni? Gua tak paham ni..." gua bersuara garau. Suara baru bangun tido.

"Hek eleh. Buat-buat lupe. Lu kene sampuk hantu stadium ke semalam? Ke kepala lu kene bola?" balas abang Deni sambil menepuk-nepuk belakang gua.

Gua makin heran. Ape mende lak sume ni. Ni gua rasa nak sound je mak gua ni. Tak pernah nak briefing apa-apa pun kat gua. Tau-tau ade program. Gua baru plan nak layan Sponge Bob pukul 9.30 karang.

"Bertuah betul budak ni. Apsal tak mandi lagi? Pukul berapa nak bersiap. Janji dengan orang sana pukul 10 dekat mesjid" sergah Mak Lang gua yang tiba-tiba muncul entah dari mana hala.

Ah, sudah.. Pukul 10 dekat masjid? Adakah.....

"Wait a minute!!! Ape jadah sume ni? Cube explain kat gua. Gua haram tak paham ni. Pukul 10 kat masjid amende ni Mak Lang?!" suara gua mula meninggi. Mak Long dan Mak Ngah gua yang sejak tadi asyik menghias dulang ter'pause' mendengar suara gua yang ala-ala Kajol Kelantan.

"Aok jangan nak merepek. Hari ni kan awak nak menikah. Itu hari beriya-iya sangat. Suka beno nak buat sawan!" tingkah Mak Lang gua sambil buat gaya Nyonya Mansur.

"Nikah?!!! Bila masa gua nak menikah? Mak gua mana? Ini mesti prank ni... Mana hidden camera? Mana? Mana?" gua mula meracau tak tentu hala. Gile ape bangun-bangun tido suruh menikah. Macam cilaka kene prank gini gaye.

"Prank kepala aok! Hari ni kan aok nak menikah dengan ******. Jangan nak macam-macam. Amik baju ni. Pergi mandi cepat!" tibe-tibe mak gua muncul depan muka pintu sambil menghulurkan baju berwarna putih kain kilat.

Gua dah mula rasa tak tentu hala. Dada gua berdebor-debor. Habislah kesucian gua kalau kene nikah paksa ni. Tanpa pikir panjang gua masuk gear satu terus melompat masuk bilik. Gua kunci pintu bilik cepat-cepat. Kat luar gua dengar suara Mak Lang, Abang Deni menjerit-jerit sambil ketuk pintu. Suara mak gua yang kecoh suruh amik kunci spare pun jelas kedengaran.

Gua pantas mencari henpon. Gua nak call polis, bomba, CIA, Alex Ferguson, member gua sume selamatkan gua. Kesucian gua ibarat telur dihujung tanduk. Gila! Gua mula pucat. Henpon tak jumpe pulak... Ntah mana gua campak malam tadi. Sialan!!! Gampangan!!! Sume kata-kata lucah mula terbit dari bibir mungil gua. Pelbagai bahasa.

Gua terus menyembamkan diri ke atas katil. Sambil menghentak-hentak kaki gua menjerit "Katakan ini semua mimpi!!! Katakan!!!! Gua taknak kawin!!!!!!!!!!!!!!!!"


***

Gua rasa badan gua digoncang-goncang. Gua cuba membuka mata. Pedih pepalih. Mak gua tengah berdiri depan gua sambil bercekak pinggang. Gua bingkas bangun.

"Kawin kepala aok! Itu lah. Balik tengah malam buta. Bukan reti nak mandi dulu ke, salin baju ke hapa. Terus tido. Selok sangat tengok bola! Mende nak jadi aok ni? Bangun cepat. Hantar mak pergi Avon!"

Heh, itu jam muka gua rasa kepala gua kembang semacam. Malu weih.... Kot ye nak mengigau janganlah pasal kawin. Cilakak!

Saturday, January 24, 2009

Mimpi Moon

Arwah nenek aku pernah berpesan, sebelum tido basuh kaki. Kalau tidak nanti akan mimpi hantu ataupun akan mengigau. Sebagai orang muda yang menerima pendidikan sekular, aku amat jarang sekali mengamalkan apa yang dipesan oleh beliau.

Lagipun, jika dilihat dari sudut saintifik, matematik dan kosmetik apa kaitan basuh kaki dan mimpi hantu. Apakah hantu suka duduk di kaki yang tak basuh tu semasa kita tidur? Apakah hantu akan masuk ke alam mimpi kita melalui tido jika kaki kita tak basuh? Apakah hantu akan geletek kaki kita yang tak basuh itu lantas menyebabkan kita mimpi ngeri? Tetapi, aku tak pernah sekalipun mengajukan persoalan-persoalan ini kepada beliau. Bimbang beliau akan berkecil hati.

Setelah hampir tiga tahun arwah meninggalkan aku dengan persoalan itu, akhirnya malam tadi aku mendapat jawapan secara langsung. Aku bermimpi ngeri! Aku bermimpi seram! Sungguh menyeramkan sehingga bulu roma aku berdiri di waktu aku bangun tido. Lebih berpuaka dari puaka Niyang Rapik.

Aku bermimpi, ada seekor beruk yang memakai gaun mengejar aku. Bila dia menghampiri aku, dia meragut beg aku ( apakah peragut berketurunan beruk??? ). Yang menyeramkan aku merayu dan menangis kat beruk tuh minta supaya pulangkan balik beg aku dan berambus jauh-jauh. Tetapi aku digelak oleh beruk memakai gaun tersebut. Hina bukan??? Seram bukan??? Ko merayu pada seekor BERUK YANG MEMAKAI GAUN!!! dan digelak dan dipermain-mainkan. Memang celaka!!!!!!! Aku akan anti tengok beruk pakai gaun lepas ni. Aku anti!!!!! Aku tidak akan sekali-kali menjejakkan kaki ke sarkis lagi!.

Mulai malam ini, aku akan basuh kaki sebelum tido....


beliau bukan beruk dalam mimpi aku... sekadar gambar hiasan