Budak-budak MRSM PDRM (kitorang panggil maktab je...) kalau keluar outing tempat paling wajib nak serbu mesti Ali Famaous Cendol. Senang cerita kalau tak minum cendol, macam tak sah outing. Kira batal outing tersebut. Budak-budak hostel lain pon aku rasa macam tu jugak. Termasuklah budak-budak teknik Kulim. Budak MARA Kulim tak pasti pulak. Ala, derang mana pandang setakat outing Kulim je...
Gerai si Ali ni dekat bus stand lama Kulim. So, secara automatik turun bas mesti la pekena cendol dulu. Baru la teruskan dengan tawaf kat Pasaraya Nola tanpa rasa dahaga yang amat. Takpun lepas penat bersaei daripada The Store, pegi ke Rhythm, terus pulak ke Honey Bakery, singgah kejap dekat Yawata beli pensil picit boleh jugak diakhiri dengan meminum cendol kat gerai Ali ni. Barulah sempurna aktiviti outing.
Ada jugak budak maktab yang berdating kat Ali tu sementara tunggu bas nak gi Butterwoth time balik cuti semester. Ada jugak yang berjanji tunggu kat Ali nak naik bas sama-sama gi Butterworth end up dating kat Megamall. Tapi aku tak pernah dengar yang putus cinta kat Ali.
Pendek cerita, Ali Famous Cendol memang nostalgik. Cuma aku kecik ati dengan maktab, tak pernah belanja cendol time jamuan. Pengetua memang kedekut!
