Search This Blog
Thursday, July 9, 2009
Biru mata hitamku
Tengah sedap-sedap membelek, tiba-tiba gua terdengar satu conversation nih. Antara akak kedai dengan sorang budak. Gua agak-agak budak tu darjah 2 takpun 3.
Budak : Kak, dvd blue ade tak?
Akak : Eh, dvd blue apa ni dik?
Budak : Ala kak, cite blue tu la
Akak : Sini tak jual dik. Mana boleh
Budak : Apsal lak tak boleh. Cite orang ngan anjing tu la
Tersentap gua dengar. Tak sangka betul budak-budak zaman sekarang. Umur tak sunat lagi dah pandai bende-bende macam ni. Contoh anak-anak hadhari la ni! Gua pikir baik gua tolong akak tu kasi settle dengan budak tu. Patut kene tabligh budak ni. Gua ingat sambil tabligh sambil bagi luku 2-3 das kat kepala dia. Tapi, tak sempat gua nak melangkah, tokei kedai dah take over dulu...
Tokei : Adik, ape cite lu mau tadi?
Budak : Cite blue. Yang anjing tu
Tokei : Ooo.. itu cite. Ada-ada. Tunggu sikijap aa...
Tak sampai seminit tokei kedai tu datang balik. Gua dah mula menggigil. Nak kene budak apek ni. Dasar perosak anak bangsa. Bila gua tengok je cover cd tu, entah kenapa terus gua rasa sebak semacam...
Tokei : Adik, ini cite ka?
Budak : Ha, yang ni la..
Tokei : Adik aa... lain kali kasi cakap Blue's Clue laa... Nanti confuse maaa....
Itu jam gua rasa yang patut kene tabligh tu sebenarnya gua. Akak tu pon patut join sekali. Lain pikir takde....
Monday, June 22, 2009
Ini kisah megi.
Mase zaman aku belajar dulu, megi ni jadi macam satu makanan ruji. Menggantikan nasi. Kalau pesawah dengar mesti kecik ati. Boleh tak laku beras jadinya. Megi memainkan peranan paling penting bile time hujung minggu dan hujung bulan.
Dekat sekolah dulu, dewan selera (juga dikenali sebagai DS) dengan hostel punyelah jauh. Nak pergi mula-mula, kene turun tangga hostel, pastu naik bukit, turun bukit, menapak berpuluh-puluh langkah, baru la sampai. Jauh tu.... Kalau dapat info dari informer makcik DS masak asam pedas (tapi sebenarnya ikan rebus), huh! jangan harap la nak membazir lemak pergi DS. Baik makan megi je kat bilik.
Budak-budak sekolah aku dulu nak masak megi bukannya payah pun. Amik mangkuk, letak megi, taruk perencah, pergi water cooler, bubuh air panas, tutup dengan apa-apa je yang boleh jadi penutup (dulu aku selalu gune buku rujukan sejarah), tunggu 2 minit, pastu siap sedia dimakan dengan rakus. Nak lagi sedap, pecah telur sebijik. Masyuk.......................
Kadang-kadang ade jugak kes sesetengah budak yang rajin makan megi tapi malas nak basuh mangkuk. Lepas tu mula lah tumbuh segala macam kulat. Dari yang berwarna kehijau-hijauan hinggalah keputih-putihan. Memang betul-betul mengaplikasikan konsep sains dalam kehidupan seharian. Bila mangkuk dah takde, macam mana nak masak megi. Nak pinjam kat kawan-kawan, maunye derang nak bagi. Nanti boleh bukak kebun kulat dekat dapur. Last-last, amik gayung, taruk megi, bubuh air panas. Heh! 2 minit dah boleh makan. Soal nak basuh takde hal. Bila nak mandi nanti basuh gayung dengan syampu tak pun sabun mandi secara automatik. Hehehe.
Ade jugak yang suka makan berjemaah. Mana yang memang putus bekalan megi, satu megi kongsi ramai-ramai. Selalunya satu megi makan 5 orang. Sape last, dia basuh pinggan. Pernah jugak dengar cerita yang masak megi dalam baldi. Ni memang tahap nak buat kenduri. Mungkin jugak untuk party hari jadi. Yelah, masa sekolah dulu mana boleh keluar outing sesuka hati nak celebrate besday kan?
Info mengenai megi yang patut kita tahu:-
- Hampir seluruh penduduk Malaysia tau masak megi.
- Hampir setiap locker budak hostel ade simpan megi.
- Megi merupakan alat survivor yang paling penting terutama sekali mereka yang tinggal di bandar-bandar besar selain daripada handphone, laptop dan kereta.
- Megi pernah mencatatkan kerugian bila operasi menghantar pulang pekerja asing dilakukan secara besar-besaran (pernah keluar frontpage Utusan Malaysia. Tak ingat tahun berapa).
- Mee Maggie merupakan produk keluaran Nestle yang dikaitkan dengan rejim Zionis. Heh!
Thursday, June 18, 2009
Bermasyarakat
Arwah ni bertaraf Dato'. Umah dia bukan main besar. Empat kali ganda umah Pn. Juli. Ada kolam renang lagi dalam rumah. Sebabkan aku datang atas tujuan beribadah dan bukannya beriadah, aku kensel duk tepi kolam. Kalau tak mesti aku dah MMS aksi ala-ala artis Mangga kat Paulina.
Tengah mata aku melilau tengok rumah arwah sementara orang lain baca Yassin, tiba-tiba aku teringat kata-kata ustaz aku masa sekolah dulu. Banyak mana pun harta yang kita kumpul, yang kita ada, tak ada satu pun yang akan kita bawak ke kubur bila kita mati melainkan tiga perkara, amal ibadat semasa kita hidup, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh. Terus tersentuh hati rockers aku. Insaf seketika.
Sebelum balik rumah, aku singgah mamak pekena teh dengan member lama. Borak-borak hal dunia waktu azan Maghrib.
Monday, June 15, 2009
Ini penyakit normal
Penyakit ini selalu datang bila:-
- Interview. Walaupun interview keje sudah sebati dalam diri saya, tapi entah kenapa setiap kali interview saya mesti rasa berdebar-debar. Bila dah terlalu gemuruh, cakap pun terabur. Hanya mereka yang belajar English kat Oxford je boleh paham English saya.
- Berucap. Dulu masa sekolah rendah, saya selalu diminta berucap di perhimpunan pagi. Kalau hari tu budak sekolah saya murah rezeki, bolehlah dengar ucapan saya dengan penuh keterujaan. Tapi, selalunya sebelum perhimpunan saya sudah pitam dan melepak kat kantin sekolah je...
- Dating. Kali pertama saya berdating masa sekolah rendah. Waktu tu dia punya berdebar lain macam. Cakap pun berterabur. Lain yang saya fikir, lain yang keluar. Sebab itulah agaknya sampai sekarang saya masih bujang.
Sebenarnya saya tak idea nak menulis. Kering betul idea saya. Entah kenapa dalam kotak pikiran saya hanya terbayang lautan yang terbentang luas. Hmm...
Friday, May 22, 2009
Hi, Roy....

Thursday, May 21, 2009
Gigi berlubang, hati berdarah

Kartini. Nostalgik beb kartun ni. Mana taknya, abis buku teks, buku rujukan PMR aku lukis muke si Yon. Kire macam trademark aku lah. Dan entah mana akal aku dapat lukis potret Kartini.
Waktu tu dia punye kemaruk campur bersemangat tak boleh nak ungkap dengan kata-kata. Tekun nak mampus. Homework Geografi cikgu Pauzi pon aku tak sepulun tu. Sapa kacau time tu memang free-free dapat terajang sisi 2-3 das. Sambil lukis sambil layan Nirvana, kaset pinjam roomate aku si Pirana. Gile babi.
Bile dah siap je first masterpiece aku tu, terus aku abadikan kat meja kelas. Time tu meja budak-budak maktab tak bleh blah.... Meja mesti berbalut dengan kertas balut hadiah pastu atas dia cover dengan plastik. Yang jenis kaki study mesti letak timetable kelas dengan nota-nota kecik. Yang jenis kaki masjid mesti letak doa-doa belajar, zikir harian. Yang jenis metal tak ingat akhirat mesti letak gambar-gambar 18SG. Yang jenis homesick mesti letak gambar family. Tapi selalunya tak lama la. Sebab lepas tu mesti gambar tu ada kat notice board.
Bile aku letak je masterpiece aku kat situ, dia punye kembang toksah cite. Bangga beb. Dalam hati tak sangka sungguh aku ade bakat melukis. Sampai cikgu Majid puji aku. Aku syak dia pun tak sangka dengan bakat terpendam aku. Ye la. Bila tengok muka langsung tak ada cahaya kesenian. Dan dia pun berkata....
"Hmm...lawa. Nampak macam hidup. Awak lukis gambar Zettie ke?"
Heh!
"Aku perlukan kesakitan tu..ianya akan mengurangkan kepedihan hati aku pada Kartini.." -Aryon-
Nota gelang kaki : Zettie merujuk member sebelah meja dari aku form 1 sampai la form 3. Muka Zettie ni kalau sekali imbas tengok memang macam Kartini. Jujurnya, inspirasi aku nak melukis tu datang dari dia. Kenyataan yang pernah aku nafikan 12 tahun yang lalu. Hahahahaha. Seni itu lahir dari inspirasi bukan?
Monday, May 18, 2009
Terima Kasih Cikgu!!! -tribute 1-
c) Cikgu Zaleha Mohamed
Orang 'Lepih'. Mak dia kawan nenek aku. Dunia ni kecik beb.... Pegang kelas aku dari darjah 3 sampai darjah 4. Muda lagi cikgu ni. Cun...... Major BM. Ada patut suruh aku bersyair dalam kelas. Tak pasal-pasal aku terus daftar masuk kelab drama sekolah. Sepanjang dia ngajar memang aku asik dapat nombor 1. Bukan atas dasar kroni. Aku memang bijak bistari. Nak buat macam mana. Aku memang terror. Pernah pesan kat aku, jangan pindah sekolah. Sekolah situ sampai amik UPSR. Tapi ape 'cer' tak sempat aku amik UPSR dia pindah ngajar tempat lain???
d) Teacher Fatimah
Teacher paling garang pernah ajar aku. Gile. Hari-hari buat spelling bee. Jadi 'bee' aku rasa lagi best dari masuk kelas dia. Salah satu ketuk ketampi. Salah lebih dari satu berdiri atas kerusi. Salah semua duduk luar pakai topi kon. Siap pesan kat budak-budak "Kalau hangpa malas nak blajaq BI, besar sok hangpa keja la kilang kicap." Baru sekarang aku paham maksud dia.
e) Cikgu Ismail Hassan Basri
Cikgu displin sekolah. Merangkap cikgu pengawas. Merangkap cikgu pengakap. Garang nak mampus. Tapi aku tau dia saja buat garang. Kasi budak-budak gerun. Ada taik lalat atas bibir. Pernah sekali, aku lead budak kelas aku main ping pong time BM. Cikgu lambat masuk. Tengah sedap masing-masing tunjuk skill smash lipat, "Gedegang!!!!!!!!!" dia hentak pintu kelas. Muke masing-masing pucat tak ingat. Dia amik bola ping pong, pijak pastu ludah. Seme yang main beratur panjang luar kelas, ketuk ketampi sampai cikgu masuk. Dem!!! Naik tangga bas lutut rasa macam nak tercabut! Hari penyampaian hadiah 1995, dia pick aku jadi "Pelajar Terbaik Keseluruhan". Heh! Amacam???
f) Cikgu Rosanah Mat Amin
Cikgu kelas aku darjah 6. Sebelum mengajar mesti dia amik 10-15 minit untuk slot Motivasi Bersama Cikgu Rosanah. Tak garang. Tapi suka guna reverse psychology. Budak-budak perempuan suka la. Pernah personally beritahu aku "Kamu ada banyak bende yang kamu hendakkan. Tapi kamu tak pernah beritahu kehendak kamu tu. Kamu suka pendam." Kalau aku beritau aku taknak datang kelas tambahan hari Sabtu, boleh????
g) Teacher Hamidah
Cikgu BI merangkap cikgu tuisyen aku. Belajar dengan dia, kurang sket debor aku dalam kelas BI. Masa tuisyen duduk sebelah aku sampai siap exercise yang dia bagi. Bila dia tengah ralit check keje aku, air liur dia mesti meleleh, pastu jatuh atas buku aku. Serius, aku tak tipu! Berkat air liur dia la BI aku takdelah hina sangat sampai sekarang. Setakat nak layan Alex Ferguson borak, tarak hal la....
Cikgu-cikgu yang kat atas ni adalah antara mereka yang buat aku jadi MANUSIA macam sekarang ni. Seme derang ni, aku tak pernah jumpe lagi lepas abis sekolah. Ntah mana derang hilang. Eh, ke aku yang hilang??? Terima kasih banyak-banyak cikgu.
Saturday, May 9, 2009
Dua.puluh.enam.
Ayat pertama keluar dari mulut aku masa bangun tadi. Tanpa baca doa bangun tido, aku terus pandang cermin. Huh! Aku tengok muka aku, belek setiap inci. Pheww... sama macam semalam. Belum ada garis penuaan. Aku tengok pulak rambut aku, belek setiap helai. Lega.... belum ada satu uban pun berani munculkan diri. Aku tengok perut pulak. Eh...ehem!
Aku duduk pada birai katil lalu tersenyum. Lega dan puas.
Hati berbunga girang. Aku capai gitar. Tapi, ape 'cer' termain lagu Sharipah Aini nih???!!!!
Friday, May 8, 2009
Ini satu amaran
"Whatever you give to woman, she will make it greater. If you give her sperm, she'll give you a baby. If you give her a house, she'll give you a home. If you give her groceries, she'll give you a meal. If you give her a smile, she'll give you her heart. She multiplies and enlarges what is given to her. So, if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit."
Ye..ye... aku dah biasa menerima ber'tan-tan' tahi itu. Lebih-lebih lagi 'kala malam bulan mengambang'. Hehehehe...
Tuesday, May 5, 2009
Sakit
Hari ini aku sakit. Mungkinkah aku antara ribuan makhluk tuhan yang dijangkiti hingus babi? Tak...Tak... mana mungkin. Aku tak pernah sentuh atau bermesra dengan babi. Aku cuma mainkan di bibir itu pun melalui perkataan bukannya ciuman.
Serius, aku benci penyakit ini. Secara automatik seperti kereta aku, dia akan menggangu kotak pikiran kreatif aku untuk memberi tumpuan pada tugasan pejabat yang semakin hari semakin perlukan tumpuan aku. Dan secara langsung akan menusuk terus ke organ bernama jantung yang menyebabkan ia berdegup agak pantas dari biasa. Tindak balas kurang normal ini juga akan menyebabkan jari-jemari menjadi sejuk dan ketar.
Ini dipanggil penyakit rindu. BODOH!!!
Tolong jangan bermain-main di dalam kotak pikiran kreatif aku, CELAKA!!!!
Thursday, April 30, 2009
Budak hostel dan nasi kandar
Lokasi : Asrama universiti
Tahun : 2004
Genre penulisan : Seram
Malam tu konsentrasi aku menghadap buku Mikroprosessor 8051 sedikit terganggu. Dalam kepala dah terbayang nasi kandar, kuah kari campur, ayam madu, papadom complete set dengan teh ais. Pergh!!!!! Air liur yang meleleh tepi bibir cepat-cepat aku lap dengan hujung lengan baju. Sedap neh kalau dapat lepak-lepak dekat Naseer. Boleh tengok HBO skrin besar.
Tiba-tiba aku teringat. Duit mana cukup. Hujung bulan ada lagi 5 hari. Duit untung jambu ada RM2. Campur balance semalam ada RM3. Campur dengan duit syiling ada 70sen. Campur dengan balance dalam bank ada RM3.20. Jadi total sume ada RM5.70. Yang dalam bank tuh mana boleh keluar melainkan letup ATM mesin guna molotov cocktail.
Tengah aku mengira-ngira duit yang ada, Qin, member sebilik aku bersuara....
"Bobo, aku lapar la.. Tiba-tiba aku terbau kari Naseer neh.."
Aku hanya mengangguk tanda setuju. Sedap memang sedap. Poket aku yang tengah tak sedap neh.
"Ko ada berapa?" tanya Qin.
"Aku ada RM5.70 cash. Dalam bank ada RM3.20. Ko?" giliran aku pulak bertanya.
"Jap" Qin mencapai seluar jeans yang tersangkut pada kerusi study. Dia mengeluarkan duit yang berada di dalam poket. Nampak gaya lebih kepada syiling.
"Hmmm...aku ada RM6.20. Tak lepas weih nak makan..." jawab Qin dengan muka berkerut.
"Ko agak-agak nasi ngan ayam madu berapa ringgit?" tanya aku sambil mencapai kalkulator atas meja study.
"Itu hari aku makan RM5.80 gak dia cas. Tapi nasi penuh pinggan. Ayam pun besar" jawab Qin.
Aku terus tekan kalkulator. Aku pandang Qin. Qin pandang aku. Seolah-olah ada satu telepati antara aku dengan Qin. Aku bersiap. Qin bersiap.
"Let's go!" aku berkata.
"Moh kite!" Qin menjawab.
Kami pinjam motor budak bilik sebelah. Membelah keheningan malam dengan satu tujuan yang murni.
****
"Mamak, kasi nasi penuh, kuah kasi campur, ayam madu, amik yang besar aaa..teh ais 2. Pinggan kosong 1" Qin mengorder dengan penuh konfiden.
Aku hanya tersenyum sambil memandang skrin besar yang menayangkan cerita Pirates of the Carribean.
Wednesday, April 29, 2009
Hati dakwat
Harap-harap budak-budak MU seme ade perasaan sama macam aku.
Kejap lagi nak call Alex Ferguson.
Friday, April 24, 2009
Saya belikan kamu kehidupan baru
I will buy you a new life -Everclear-
Here is the money that I owe you
So you can pay the bills
I will give you more
When I get paid again
I hate those people who love to tell you
Money is the root of all that kills
They have never been poor
They have never had the joy of a welfare christmas
I know we will never look back
You say you wake up crying
Yes and you dont know why
You get up and you go lay down
Inside my babys room
I guess Im doing ok
I moved in with the strangest guy
Can you believe he actually thinks
That Im really alive
I will buy you a garden
Where your flowers can bloom
I will buy you a new car
Perfect shinny and new
I will buy you that big house
Way up in the west hills
I will buy you a new life
Yes I will
Yes, I know all about that other guy
The handsome man with athletic thighs
I know about all the times before
With that obsessive little rich boy
They might think you think youre happy
Yeah maybe for a minute or two
They cant make you laugh
No they cant make you feel the way that I do
I will buy you a garden
Where your flowers can bloom
I will buy you a new car
Perfect shinny and new
I will buy you that big house
Way up in the west hills
I will buy you a new life
I will buy you a new life
Yes I will
I know we can never look back
Will you please let me stay the night
No one will ever know
I will buy you a new life
I will buy you a new life
Pagi tadi aku terdengar lagu ni di radio. Aku pernah hafal lirik lagu ni dulu. Masa tu aku form 2. Sebabkan aku duk asrama, cuti sekolah adalah masa untuk aku tido, makan, tengok tv sepuas-puasnya tanpa sebarang bantahan atau tunjuk perasaan dari En. Romi dan Pn. Juli. Masa tu, aku tak ingat saluran tv mana, tapi yang pasti bukan RTM. Setiap kali lebih kurang jam 2p.m dan ke atas mesti video klip lagu ni keluar. Dan, ketika tu aku memang into habis dengan muzik macam ni, so aku pun layan hingga terhafal secara magis.
Aku suka lagu ni sebab lirik dia. Kacip dengan life aku dulu dan sekarang. Masa depan aku masih kurang pasti. Tapi aku akan buat yang terbaik. Untuk kamu, kamu, dan kamu-kamu yang aku sayang.Kamu tahu siapa aku maksudkan kamu walaupun aku tak pernah kata aku sayang kamu walau berkali kamu bertanya soalan yang sama.
Macam Bob Marley cakap "Money can't buy life...".
Celaka!
Tuesday, April 14, 2009
Penat
"An apple a day keeps the doctor away"
"A hug a day keeps the blues away"
Aku perlukan epal dan pelukan mesra.
Friday, April 10, 2009
Bangun
Aku mengalah. Aku beli kawan nelayan.
Wednesday, April 8, 2009
Bodoh
"Kejap lagi sampai. On the way"
3.00pm
3.30pm
4.00pm
Masuk sekumpulan manusia berjaket kerajaan mengusung troli
"Bukan, ini tender untuk Slim River. UMP on the way lagi bang."
4.30pm
4.45pm
Fuck!
Akibatnya, demam. Hilang suara. Berat kepala. Sejuk.
Monday, April 6, 2009
Hakikat
"Cheers for those we love, cheers for those we lost"-status seseorang dalam facebook-
Heh, dua-dua memang kene dengan aku. Akhirnya buat aku tersenyum sendiri.
Conclusion, aku akan tunggu 'yang terbaik'.
-Leave everything behind-
Wednesday, March 11, 2009
Huk aloh....
Puan Juli :Bila nak kawin? Dah ada calon untuk mak?
Bobo :Apa dia?
Puan Juli :Aku tanya, bila ko nak kawin?
Bobo :Mei, mak tanya ko bila nak kawin? (Mei merujuk kepada kucing tua Pn. Juli)
Puan Juli :Aku tanya serius ni, kalau ada cakap ada. Aku nak doakan ko kat Mekah nanti. Kat sana doa makbul. Kot-kot dah ada, nanti aku doa, jadi dua pulak
Bobo :Ha, ok lah tu. Doa je. Satu bleh wat spare part.
Puan Juli :Bertuah punya budak!!! (melekap aku penampar kat atas peha aku..)
Apalah Pn. Juli ni. Tak abis2 nak tanya soalan kawin. Tanya lah soalan sosio politik Malaysia ke, kes Karpal Sigh ke, budget mini Najib ke, masalah bola sepak ke, takpun sebab ape Chong Wei takleh kalahkan Lin Dan. Ini balik2 soalan kawin. Tak glokal betul lah. Camne Melayu nak maju camni???
Tuesday, March 10, 2009
orang kata muka aku jambu....heh!
Sebut pasal jambu, teringat aku time kat kampus dulu. Dengan duit jambu lah aku guna untuk sara makan minum aku semester tuh. duit bulan-bulan pn. juli kasi simpan wat bayar yuran pengajian satu semester. Pergh... sadis tul time tuh. Memang kurus seketika. Pn. Juli ngan En. Romi sampai sekarang memang tak tau pasal kes ni. Kalu Mazlin Nordin tau pon, sah-sah aku masuk program Bersamamu TV3. Nanti hari raya best aku dapat hamper ngan duit raya. Wahahahahaha
Ni seme pasal PTPTN. Sesuka hati je nak blok kalu PNG tak lepas 2 pointer. Dah la time tuh aku memang busy nak mati. Mana nak concentrate pasal study, pasal aktiviti sosial, program-program masjid, hal-ehwal kebajikan anak-anak yatim, tak termasuk kes letak jawatan Dr.Mahathir. Memang tak menang tangan aku tahun tuh. Tido pon tido2 ayam je.
PTPTN dengan rasmi dan penuh ciri-ciri Ah Long nya sekat loan aku. Dengan alasan suruh aku concentrate study lupakan soal-soal aktiviti sosial ngan permasalahan politik. Ah, gila apa. Tak kan hal-ehwal kebajikan anak yatim ngan program-program masjid aku nak abaikan kot? Memang nak mampus PTPTN nih.
Start daripada tuh, nak makan ayam goreng pon cukup berkira. Kalu kawan-kawan makan ayam, aku sekadar telan air liur je. Memang sadis lah. Hari-hari makan telur goreng. Kalu terasa nak sangat makan ayam, aku amik je kerak2 ayam goreng tuh.
Setiap 3 kali seminggu naik moto ke Parit Buntar cari stok jambu. Tiap-tiap petang kul 5 je dah start potong jambu. Potong bentuk cube pastu letak dalam plastik. Satu plastik jual RM1. Asam letak dalam satu bekas. Korang nak makan asam banyak mane, tuh korang punye suka, korang bubuh sendiri. Pastu dalam bekas putih tuh letak ais. So, automatik jambu jadik sejuk. Asam pon secara tak langsung akan jadi keras2. Hahahaha
Hari pertama bisnes memang laku. Kalu ais tuh bleh makan ngan asam pon aku rasa derang sapu gak. Semangat berniaga makin mememuncak. Habis jual, kira duit. Asing duit modal, dapat duit untung bahagi dua dengan partner in crime. Dengan duit untung tuh la aku guna untuk makan satu hari esok. Kira hidup time tuh ibarat "jual malam makan siang, jual siang makan malam".. Arghh!! Motip hidup masa tu, Agi Idup Agi Ngelaban!!
Masuk hari ke-2,ke-3,ke-seminggu memang cantik. Asal gi kuliah je, ramai peminat jambu tegur "Bobo, malam ni jambu ada tak?". Sampai ke satu tahap dapat gelaran bobo jambu, dot jambu(dot merujuk kepada partner in crime). Disebabkan sokongan moral yang berterusan, semangat menjual jambu memang meluap-luap. Tangan kebas, bengkak korek biji jambu sume dah tak jadi hal. Janji, duit. Ya!!! Duit!!!!
Sebulan pon berlalu. Disebabkan berlaku sedikit shortage dalam keuntungan disebabkan oleh ada makhluk tuhan yang haram tak seksi amik jambu tapi tak bayar, mode perniagaan diubah dari bilik ke bilik dengan mengusung ice box. Disebabkan tahap glamer dah mengatasi segalanya, bunyi seretan selipar kat koridor pon peminat-peminat dah tau. Belum pintu bilik diketuk, peminat semua dah jerit "Nak jambu, nak jambu". Pergh...itulah penangan jambu bobo dan dot. Memang laris. Tak payah nak pakai ilmu pelaris.
Dan akhirnya, sebelum start semester exam, duit yuran pon berjaya dibayar dengan penuh penghormatan. Resault exam pon gile babi naik. Semuanya berkat menjual jambu dengan jujur dan amanah. Terima kasih pada semua peminat jambu!!!!!!!!!!
Friday, March 6, 2009
Aiseimen.........
Topik hari ini pasal kematian. Pergh... kalu dengar ustaz tuh punye ceramah, meremang bulu tengkuk dan seme bulu-bulu yang ada kat badan nih. Camne tak seram, bab mati nih. Diulangi MATI!!! Bile sebut mati, aku selaku makhluk tuhan yang paling seksi dan banyak dosa dah terbayang betapa sempitnya lubang kubur tuh nanti dahtu confirm-confirm gelap nak mampus. Azab kubur belum kira lagi. Pergh... rasa cam time tuh gak aku nak gi wat sembahyang taubat. Oh, baru ingat, last aku wat sembahyang taubat masa nak SPM dulu. Mampus aku!!!
Pastu ustaz tuh sentuh plak bab bacaan talkin. "Tuan-tuan bayangkan, kita di dalam kubur mendengar suara imam membacakan talkin untuk kita. Kita juga akan dengar sedu-sedan anak, isteri atau suami, sedara-mara dan rakan-rakan kita...." Pergh... nak meleleh air mata aku time dengar tuh. Hati batu aku pon rasa cam dah retak-retak sket.
Kemudian ustaz tuh sentuh plak soalan-soalan yang ada dalam bacaan talkin tuh."Tuan-tuan ingat bacaan talkin? Tuan-tuan ingat jawapannya?"
a) "Siapakah Tuhan kamu? Jawapnya , Allah tuhanku" ustaz tuh kata. Aku pon kata 'check' sebab sama ngan getusan hati batu aku..
b) "Siapakah nabi kamu? Jawapnya tuan-tuan, Muhammad nabiku" ustaz tuh menjawab soalan sendiri. Aku pon kata 'check'. Sama lagi...
c) "Apakah agama kamu? Jawapnya, Islam agamaku..." kata ustaz. Sekali lagi aku 'check'. Gila apa kalau yang nih tak tau..
d) "Apakah kiblat mu? Jawapnya, Baitullah itu kiblatku, malahan solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas ku..." kata ustaz panjang lebar. Aku 'check' separuh. Sebab aku jawab separuh je. Terlupa plak. Takpe-takpe.. rilex... dah boleh lepas sket-sket
e) "Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?" ustaz tuh tanya. Ahhhh!!! sudah!!! Makin gelap lubang kubur aku. Serius aku tak tau. Aku tengok kiri kanan. Mulut masing terkumat-kamit. Ada gak yang tanya kat orang sebelah. Ahh... habis lah aku. Yang ni memang aku tak tau. Bukan tak ingat. Tapi haram TAK TAU!!! Aku tak sabar-sabar nak tunggu jawapan ustaz. Pen ngan kertas dah ready. Yang ni confirm aku nak salin! " Jawapnya tuan-tuan, Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.
Mulai malam ni, aku nak baca buku fardhu ain. Eh, mana pulak Pn. Juli letak buku dia nih?? Argh!!!! Ni kes nak kedekut ilmu ngan aku lah ni..