Search This Blog

Showing posts with label bobo dan isu semasa. Show all posts
Showing posts with label bobo dan isu semasa. Show all posts

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Merdeka..eh, MALAYSIA!

Gua lambat. Lambat nak update komen. Biasa la... Time cerita tengah up, gua tengah sibuk settle masalah kereta nasional. Lu orang tau ape.

Ok. Ape nak kecoh-kecoh? Peduli hape siapa hero merdeka, siapa yang tak merdeka. Masing-masingkan ada peranan, ada watak, ada cerita, ada kisah. Lu orang nak gaduh, nak kecoh sampai habis semua muka akhbar apa cerita? Lu langsi ke?

Lu tau ke nenek gua pun tokoh merdeka? Tapi, ada gua kecoh?

Lancau la!

Wednesday, October 27, 2010

Umpama menagguk di air yang keruh..

Gua kensel nak pergi Bukit Jalil wiken ni.

Harga tiket cecah RM30.

Apa motif pun gua tak tahu.

Mungkin nak terus kira bajet ganti kerusi baru.

Kalau main taraf EPL takpe lah juga.

Mendiang Paul kalau tahu, geleng kepala.

Ah, makin menjadi-jadi @$$ FAM ni...

Wednesday, October 6, 2010

Borak makcik-makcik

Gua sekarang dekat rumah mak gua. Mak sama geng-geng surau dia tengah rancak berborak di ruang tamu. Katanya datang beraya. Tapi, macam lebih ke arah melepak sambil mengumpat.

"Anak-anak sekarang susah kita nak mendidiknya. Kita dah tua ni belum tentu boleh di jaganya sampai akhir hayat kita. Anak perempuan yang kita harap, belum tentu lagi. Anak lelaki, entahlah" kata seorang makcik.

Gua terus pasang telinga.

"Itulah, sekarang zaman duit. Anak-anak pentingkan kerjaya. Kita diabaikan. Nak menumpang, kadang-kadang macam mengemis.." sambung seorang lagi makcik.

Dari berbaring santai, gua tukar posisi duduk serius. Pasang telinga lagi.

"Kita yang berharta ni, elok siap-siap buat wasiat. Bahagi sama adil. Anak perempuan, anak lelaki dapat sama rata. Elak depa bergaduh bila kita dah mati besok" sambung seorang lagi makcik. Gua dengar macam dah lari topik sikit.

"Tapi, elok anak-anak jangan kita tinggalkan harta. Tinggalkan ilmu. Berguna sampai bila-bila" celah mak gua.

.

.

.

Sekarang, gua rasa macam nak pergi ke ruang tamu. Ilmu mana lagi mak gua nak perturun nih? Mana kauselor mak gua belajar ilmu lagi penting dari harta?

Rokok pun naik harga 70sen. Sok lusa minyak pula. Lepas tu roti cantai. Tak lama lagi teh tarik.

Ha?! Ha?!

Apa cerita?

Harta ke ilmu?

OBJECTION!

Thursday, September 16, 2010

Selamat hari Malaysia

Semalam di mapley.

"Macha, order!" panggil member gua sambil buat gaya tulis order.

Response, negatif.

"Dey, sini mari. Order!" member gua lagi sorang pula yang take over situasi.

Response, negatif juga.

"Boss, order!" gua pula yang bersuara.

Response, positif.

"Babi" kata gua dalam hati.

53 tahun Tanah Melayu merdeka. 47 tahun Malaysia di bentuk. Entah dah berapa belas tahun mat-mat Bangla mendarat di tanah melayu.

Hehehehe.

Tuesday, September 14, 2010

Intisari rancangan di hari raya

Gua naik heran dengan industri tv di hari raya.

Dah masuk raya ke-5 tak habis-habis lagi dengan cerita hantu.

Mentang-mentanglah setan dah lepas dari ikatan.

Tak perlulah sampai seminggu raya semua nak tayang cerita hantu.

Siapa menteri tv ni?

Tolong kasi gua explanation.

Jangan sampai gua bakar semua stesen dengan najis lembu..

Sunday, December 20, 2009

Perihal kenduri kawin buat gua rasa sebak....

Sepanjang cuti sekolah ni, dapur rumah orang tua gua sunyi sepi. Periuk, kuali, sudip, blender, periuk nasi semuanya habiskan cuti hujung tahun. Cuma cerek saja yang kadang-kadang masuk kerja waktu pagi. Itupun bukan on-time sangat.

Entah macam mana gua boleh terpikir nak mintak kerja jadi periuk nasi...

p/s: Tiap-tiap minggu orang tua gua pergi makan nasi kenduri. Hari ni saja 14 buah rumah. Sebuah rumah dapat 2 biji telur. 14 buah rumah = 28 biji telur. Besok gua takkan teragak-agak jual telur rebus dekat makcik nasi lemak depan opis gua.

Sunday, November 29, 2009

Hal-hal bola sepak

"Dalam bola sepak ada 20 orang bodoh berebutkan sebiji bola" Ustazah Marziah, ustazah bahasa Arab gua masa sekolah rendah tahun 1992.

p/s : Semalam buah hati gua belanja tengok 2012. Menguap-nguap gua layan cerita bangang tu. Lepas ni beliau ajak tengok Avatar pulak. Gua nak tutup henpon lah!

Sunday, October 25, 2009

Perihal duit kahwin

"Busy lu sekarang, bai?"

"Aku setiap minggu busy beb. Cari duit.."

"Pergh, gile lu cari duit..."

"Aku dah nak kawin bulan 5 ni. Jodoh keluarga... hehehe"

Peh, makin lama makin kurang ahli mesyuarat meja empat segi gua. Apa-apa hal pun, gua memang kagum dengan member gua sorang ni. Sanggup bersusah payah sedia duit buat kawin dan selepas kawin. Memang langsung tak berdetik di hati beliau nak buat loan.

Elok juga kalau beliau berpikiran macam tu. Kerja kawin ni kerja baik. Tak perlulah sampai nak meminjam sana sini nak berkenduri bagai. Buat sekadar termampu sudahlah. Itu pasal gua rasa orang zaman sekarang lagi sedap bersekedudukan dari berkahwin. Nak kahwin takde RM30000 jangan mimpi nak duduk atas pelamin. Apa gila?

Ha, anak Pak Imam. Bila lagi nak masuk meminang gua ni?

Nota kepala but:-
1. Gua kahwin besok nak mintak hantaran kereta sebijik je. Paling koman Peugeot 308. Gua tak mintak banyak...

Monday, September 21, 2009

Hari raya macam-macam hal!

Karangan berperenggan memang fashionable..

1) Kenapa semua manusia beria-ria nak beraya sampai sebulan. Puasa sebulan pun belum tentu cukup sempurna. Ada hati nak selebrate sakan.

2) Bila buka tv tak abis-abis program menyanyi. Tukar cenel menyanyi lagi. Tukar tv1 pun menyanyi jugak. Ni dah style zaman jahiliah punya selebrate raya. Tak percaya? Tanya pak imam.

3) Perut dah mula jadi jem. Kalau dalam perut ada manusia yang bekerja memproses makanan macam dalam kilang, mesti derang mintak resign itu jam jugak. Nafsu makan menjadi-jadi. Kira macam kes pembalasan dendam. Kesian perut...

4) Hari raya semua manusia jadi plastik. Jumpe orang ni mintak maaf. Jumpe orang tu mintak halal hutang segala. Ape gila?! Walaupun sunat bermaafan di hari raya, kenapa hari-hari biasa tak buat bende yang sama. Kalau bukan pagi raya, baru tergesel sikit kereta dia punya maki macam tak ingat akhirat. Tak ke plastik manusia ni???

5) Hari raya kedua gua dah terkedek-kedek goreng telur. Dah menyampah sungguh tengok ketupat lemang atas meja. Tahun depan cadang nak beraya dekat Australia la pulak. Rimas!!!

6) MU menang 4-3 dengan City. Mark Huges salam ngan Alex Ferguson macam budak kecik salam lepas bergaduh. Ape kehalnye? Anti MU kene terima hakikat. 3 points tetap 3 points. Menang tipis, menang nasib bukan persoalan. It's all about a game. Bola tu bulat. Suka hati dia lah nak bergolek macam mana pun. Hahahaha

Thursday, September 17, 2009

Gua rasa macam ini Ramadhan gua yang terakhir...

Mari buat stail Mahathir...

1) Gua naik pelik dengan jalan raya dekat Malaysia ni. Asal hujan je, mesti jam. Lepas tu, asal hujan lebat sikit mula la traffic light nak down. Orang handle traffic light ni orang Astro gak ke? Paling tak patut, asal hujan je, mula la air naik atas jalan. Longkang tersumbat. Ni sapa patut disalahkan? Orang majlis perbandaran ke jurutera jalan?

2) Tahun ni gua dah cadang nak stop pemberian duit raya. Tak elok untuk masa depan budak-budak. Nanti derang just niat nak datang beraya sebab nak collect duit raya. Ish, tak elok... Boleh melahirkan generasi mata duitan di masa depan. Rosak negara. Jadi, sebagai alternatif untuk anak sedara, gua akan kasi tazkirah pasal bahana duit masa pagi raya nanti. Untuk budak-budak kampung pulak, gua akan sedekah 2 biji kurma untuk setiap sorang. Lagipun, kat rumah ni banyak sangat kurma free. Dari membazir elok bersedekah. Amacam? Kreatif kan?

3) Gua ada 2 point je nak tulis. Langsung takde idea. Oh ye. Hingga ke hari ni gua tak beli lagi baju raya. Mujur jugak minggu lepas gua dapat parcel berisi sehelai t-shirt dari Sarawak. Rasa-rasa dah ok nak buat beraya di hari raya pertama. Alhamdulillah...

4) Akhir kata, gua ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir kat semua yang baca blog ni. Wassalam...

Tuesday, September 1, 2009

Borak-borak bersama Boboi Gonzales (kereta saya)

Di satu malam tatkala surau berkumandang tazkirah Ramadhan dan kanak-kanak riang bermain mercun pelepow...pelepow...

Tett...tett... (Ini bunyi alarm kereta)

Boboi Gonzales (BG) : Bos, kita nak kemana?
Bobo Brazil (BB) : Isi minyak.
BG : Nape nak isi malam ni bos?
BB : Esok naik 5 sen
BG : Ape beza isi malam ni dengan besok bos? Same jugak nanti.
BB : Ah, shadap u! Ko kete mane tau. Dah jalan!

Vroom..Vroom.. (Ini bunyi kereta bergerak)

BG : Bos, nak kasi saye minum minyak ape?
BB : Kuning suda..
BG : Ape ni bos. Kuning mane power. Tak tonik bos..Hijau baru kene.
BB : Celaka... Hijau naik 25 sen ko tau? 5 kali ganda yang kuning. Ko 1.0 kuning dah la.. Buat ape nak membazir.
BG : Mane larat bos. Bos pagi-pagi dah suruh saye lari laju. Jalan pulak kejap-kejap stop trafik light. Semput bos nak speed up balik. Lagipun bos, pakai kuning saye lagi cepat dahaga. Bos gak komplen. Itu hari baru isi, ni nak isi lagi. Pakai hijau rilek je saye sedut slow-slow.. Lari pun kuat!
BB : Ah, ko! Kuning je. Murah. Duit aku, suke hati aku!
BG : Ok, takpe.. Kalu jumpe lagi kete anak pak imam macam minggu lepas, jangan harap saya nak kejar. Huh!
BB : Ha, aah... Ceh! Ok2. Kite minum hijau..
BG : Muahahahahahaha!
BB : Setan.....

Gua pakai Shell. Memang ada rasa tak kene bila nak speed. Minyak macam cair. Macam isi petronas dulu-dulu. Nanti nak try Caltex pulak. Dengar cite lagi sedap. Tapi tunggu sipi-sipi kosong dulu. Kalau bercampur tak rasa bai.....


p/s : 52 tahun merdeka, kita masih di tipu gomen. Cakap ajelah nak naik minyak. Lagi mau pusing-pusing.

Friday, August 28, 2009

Apa merdeka bagi saya?

Kalau wartawan tanya gua apa makna kemerdekaan, gua nak jawab macam ni...

"Merdeka bagi saya ialah bebas daripada bayar tol, minyak kereta, bil Astro, topup henpon, PTPTN, income tax, hutang kete, bil tenet, kedai makan cekik darah, tax makan mekdonal, bil api air, basuh baju, pergi keje pakai smart-smart dan bos saya sendiri"

Jawapan bebas dari cengkaman penjajah tu tipikal la baiiii.... Dah 52 tahun secara mata kasar penjajah tengok kita menjerit Merdeka. Hakikat sebenar.... malas gua nak ulas. Goncang kepala, tanya hati!

Selamat hari merdeka sume!!!!

Cuba teka apa motto merdeka tahun ni? Kalau tak tau sila amik pasport tinggalkan Malaysia sekarang jugak dan jangan balik-balik!

Gua target hujung taun depan gua nak merdeka dengan anak pak imam. Gua serius!

Thursday, August 20, 2009

Perutusan Ramadhan Bobo Brazil

Bulan puasa menjelang lagi. Bila bulan puasa sudah tentu ada bazar ramadhan, ada jualan murah, mercun katak, Puduraya sesak dengan orang cari tiket balik kampung, iklan petronas, buah kurma timur tengah, bonus raya, langsir baru, dan juga kaunter zakat fitrah. Kebiasaanya bulan ni memang bulan paling happening sekali sampaikan konsep berpuasa boleh tersasar jauh.

Mengerjakan ibadah puasa selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, pandangan mata juga harus dijaga. Kalau nampak awek yang 'hot' elok cepat-cepat pandang tempat lain. Takut nanti kene potong markah. Selain mata, tutur kata pun kena jaga. Kalau sebelum ni asal marah je mencarut, asal tak puas hati je maki hamun, elok bawak bersabar. Diam pun ok jugak. Tapi janganlah sampai bila orang tegur buat tak tahu, orang bertanya buat bodoh. Itu bengap namanya! Puasa satu hari pun takde guna bai....

Selain itu juga, elok bulan puasa ni kita penuhkan masa dengan beribadat. Bila bulan biasa asyik balik rumah lambat, jauh malam baru sampai, atas urusan kerja ataupun melepak di kedai mamak, kita ganti dengan balik awal. Berbuka bersama keluarga. Berterawikh bersama. Mana tahu, Ramadhan tahun ni Ramadhan terakhir kita bersama. Yang berjiran boleh bertukar-tukar juadah. Sama-sama rasa. Disamping itu, perbanyakkan bersedekah. Semoga menjadi pahala tambahan untuk bekalan di sana nanti. Bersedekahlah pada sesiapa pun. Tua atau muda. Kecik atau besar. Paling koman pun pada Myanmar yang menyamar. Yang penting hati mau ikhlas.

Dalam bulan puasa ini juga, gua ingin menyeru kepada semua termasuk diri gua sendiri supaya rekod kehadiran kita ke masjid dapat A+. Kalau sebelum ni singgah masjid sebab tengok member bernikah takpun awek ajak sembahyang Asar time dating, elok dalam bulan ni ramai-ramai kita ke masjid untuk Isyak dan terawikh secara jemaah. Gua sendiri pun berkobar-kobar tahun ni nak terawikh dekat masjid sebab dengar cerita anak pak imam baru balik Mesir. Heh!

Akhir kata, gua ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa se'perfect' yang mungkin kepada semua. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini memberi kita seribu kerahmatan.

Salam Ramadhan daripada,
Bobo Brazil

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.

Monday, July 20, 2009

Gua dan gelombang merah

Pertama kali dalam hidup gua tengok bola kat Bukit Jalil. Selalu layan padang sekolah je. Tapi sebab MU yang turun, gua korbankan duit claim keje luar untuk beli tiket semata-mata nak tarik feel sebagai penyokong susah mati MU.

Memula gua langsung tak expect Malaysia boleh gol. Gua syak Malaysia tetap dengan rentak sayur. Tapi, malam tu persepsi gua berubah. Mungkin sebab diorang dengar sumpah seranah gua. Ape jadah, dapat peluang, bukan nak lari ke atas. Main passing tengah lagi. Dah tu passing ntah ke mana hala. Langsung tak try shoot. Nasib baik gua tak baling selipar tengah padang.

Tapi gua tau, bukan gua je yang panas hati. Rajagobal pon gua tengok tak senang duduk. Kejap-kejap berdiri. Maki hamun ape ntah tepi padang sambil buat gaya tangan Karam Singh Walia. Alex Ferguson rilex je duduk minum air mineral. Sebelum masa rehat pertama, Amri Yahya berjaya gak sumbat gol. Stadium sama gegar dengan sorakan macam mana masa Rooney dengan Nani sumbat gol. Itu jam gua agak Van Der Sar mesti tak lalu makan dah...

Bagi gua, game kali ni memang historic. Ramai tak expect dengan result malam tu. Gua syak ini mungkin antara sebab musabab Alex Ferguson nak repeat dengan Malaysia. Ada gaya tak puas hati agaknya..

Tuesday, June 30, 2009

Itu musim sudah mari.............

Pada pemerhatian gua, binatang yang mendapat anugerah paling femes untuk tahun ni tak lain tak bukan ialah cik Babi. Semua pasal kes selsema babi yang jadi wabak pandemik satu dunia. Sampai Rais Yatim buat kenyataan pada media jangan guna H1N1 lagi. Payah makcik pakcik kat kampung nak sebut. Sebut aja selsema babi. Tapi, gua yakin babi pon tak gemor nama tersebut. Mungkin diorang lebih berminat di panggil cik Influenza. Baru milennium!

Itu sikit cerita binatang. Apa macam pulak dengan buah? Tak lain tak bukan mestilah cik Durian. Dekat opis gua pun dah mula ada unsur-unsur jamuan makan berasaskan durian. Paling femes serawa durian @ kuah durian. Boleh makan dengan roti jala tak pun roti biasa. Hirup macam tu je pun gua rasa tak ada hal. Tapi paling gua tak tahan bila buka je pintu opis, dia punye bau.......... boleh lalok gua!!! Agak-agak kalau orang tersendawa bau durian dalam komuter time peak hour amacam eh?

Durian - Mr Os

Oh komer, dghoyan dah berbunge
moh kiter, minang anok daghe
Anok dagher, anok daghe Bote
teman jumpe, di Padang Tenggale

Kate demer, sakit jatuh cinte
sakit lagi, biler jatuh tangge
Kate demer, cinte itu bute
nasib baik, teman tak meghabe-ghabe

Biler musem dghoyan
demer moler bengkeng
Jangan silap siket
nanti demer tengkeng
Kalau musem dghoyan
ghamey bghani nampor
Apa demer nak heghan
saman buleh bayor

Oh komer, dghoyan udah lughuh
lebeh baik, cepat pergi suluh
Lambat siket, komer dapat habuk
Kalau tido, jawabnyer tinggei pokok

Duit dghoyan yang tue nak ke Mekah
yang mude, gatei nak menikah
Musim dghoyan, banyak sedaghe-maghe
bile nebeh, sekor tak nampak muke

Friday, June 26, 2009

Sesekali bercerita pasal alam

Dua minggu direct ni aku bawa kereta sambil bukak tingkap. Sesekali rasa macam kat tepi pantai California je... Berdesup-desup angin masuk bile kete 1.0 CC aku tu pergi lebih 80km sejam. Lagipun buat apa nak bawak laju-laju. Bukannya kete aku tu sejenis ambulan yang asik-asik nak potong que je kejenya. Entah betul bawak orang sakit entah tidak.

Lagipun, ikut buku teks alam dan manusia, aircond kete mengandungi CFC @ kloroflorokarbon yang mampu menipiskan ozon. Bayangkan kalau atas jalan raya Malaysia ni ade dekat satu juta kete, semua pasang aircond, tak ke nipis jadinya. Baru kat Malaysia. Ape cita dekat New York, Sao Paolo, Beunos Aires, Bangkok?

Ozon tu penting. Sebab ozon berfungsi untuk menghalang sinaran ultraviolet (UV) (bukan ultraman ye adik-adik...) secara terus kepada manusia. Kalau kite menerima UV secara langsung boleh kene kanser kulit dan juga kerosakkan genetik.

Bayangkan, dalam tempoh 5 tahun, CFC ni naik perlahan-lahan masuk dalam stratosfera pada kedudukan 10-50km (kalau tak tahu ape itu stratosfera sila rujuk buku sains form 1). Kemudian atas lapisan ozon yang utama pada kedudukan 20-25km, semakin kurang UV yang diserap oleh ozon. Molokul CFC akan terurai selepas tindak balas dengan ozon, menghasilkan atom klorin yang berupaya memusnahkan ozon.

Kesan daripada sikap prihatin aku tu, tekak aku mula gatal-gatal, sakit tak payah cakap la.. Nak telan nasi pun rasa macam nak hempuk meja. Badan pun tak pasal-pasal demam. Cis!!! Lenkali bila sikap prihatin aku ni datang, aku nak pakai mask sambil memandu. Gile babi punya asap bas!

Saturday, June 20, 2009

Ah, ye.................

If you not lazy, you're not Malay,
If you don't cheat, you're not Chinese,
If you don't drink, you're not Indian.

Ni aku rembat dari buku Lydia Teh, Honk! If You're Malaysian. Sedikit sebanyak aku bersetuju. Tapi maybe quote tu sesuai 10-15 tahun yang lalu. Sekarang ni aku rasa tiga-tiga bangsa tu malas, menipu, dan mabuk. Ah, kalau tak takkan ada skim cepat kaya contohnya Pak Man Telo, takkan sampai sami Buddha (con) pun mintak sedekah, dekat pub bersepah Melayu minum. Ape nak heran. Negara demokrasi. Satu Malaysia.

Tapi sekarang yang aku perasan, dalam konteks atas jalan raya jelah...

Kalau bawak kereta macam cibai, samseng tak kena tempat, itu India,
Kalau modified kereta, bunyi desup-desup, itu Cina,
Kalau bawak kereta modified body Proton Wira, logo Mitsubishi, itu Melayu.

Hah! Lagi sekali, ape nak heran. Satu Malaysia!!!

Saturday, May 30, 2009

Selamat

Bila cuti sekolah start, seme orang berduyun-duyun nak kawin. Tok kadi kebas tangan. Budak kompang senyum lebar dapat duit poket. Mak Andam tangan ngan mulut same sibuk. Orang katering riang ria di hati. Tokey khemah berkejar-kejar sana sini. Paling untung orang macam aku....

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

Selamat Pengantin Baru untuk seme!!!

p/s: Menu kenduri tak leh tukar ke? Asyik2 nasi minyak. Buatlah beef steak ke, seafood ke, lasagna ke, speghetti ke,koman-koman ikan bakar....

Friday, March 13, 2009

Joystick = Batang gembira

Kenapa kalu tengok yang berdemonstrasi anti PPSMI ni mesti orang Melayu? Sebab Melayu bangsa majoriti?

Sebab apa Melayu terlalu anti PPSMI? Sebab takut generasi muda hilang nilai keMELAYUan?

Pendapat peribadi aku...
1) Orang kita malas nak berubah dan mengubah. Selesa dengan apa yang ada
2) Orang kita tak boleh nak susah sket. Sume nak senang.
3) Orang kita takut nak bersaing. Tapi nak lebih.

p/s: Minggu ni aku ada urusan masa depan aku kat KL. Sape2 buat demonstrasi lagi pasal isu ni atau apa2 isu yang korang tak puas hati hingga menyebabkan aku tersangkut dalam jem, aku doa + sumpah korang, keturunan korang jadi..... (biar aku simpan dalam hati). Ingat, doa orang teraniya dimakbulkan. Teraniya sial sangkut dalam jem sebab perangai bodoh camtuh!!!!

Thursday, February 12, 2009