Search This Blog

Showing posts with label bobo dan cita-cita. Show all posts
Showing posts with label bobo dan cita-cita. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

Sambung belajar

Sambung belajar di usia 27 tahun bukan perkara main-main. Kene sedia dari segi material, fizikal dan mental. Bukan boleh buat separuh jalan. Dia punye serius macam menikah pun ada juga. Kene sekali. Jangan sampai repeat 2-3 kali.

"You berenti kerja, pergi ambil master. Biar I support you. You tu, bukan boleh buat dua kerja dalam satu masa... Pasang skandal pun kantoi dengan I kan?" kata buah hati gua semalam.

Sekarang, patut tak gua senyum? Peluang dah depan mata.

Keh! Keh! Keh! Keh!

Monday, August 17, 2009

Gua yakin gua ada gaya...

Gua bercadang nak take over job ni season depan. Boleh beli Amri Yahya ganti Berbatov. Bebal!

Saturday, February 14, 2009

cita-cita saya

masa saya kecik-kecik cili padi saya bercita-cita nak jadi askar. sebab atuk saya askar. pada pikiran separa sedar saya ketika itu, jadi askar cool.... masuk hutan. ada senapang. boleh tembak orang. tapi, saya bulat. Pn. Juli kata budak bulat tak leh jadi askar. nanti tak lepas panjat pokok. memang pon saya tak pandai panjat pokok. jadi saya cancel nak jadi askar.

bila saya besar sikit dari cili padi, saya bercita-cita nak jadi arkitek. sebab pakcik saya seorang arkitek. beliau memakai kereta sport. bagi saya itu cool.... dalam otak kanak-kanak saya dah ade kete sport saya boleh berlagak dengan kete sport saya dengan orang kampung. tapi, setiap kali kelas pendidikan seni, saya selalu dapat C. cikgu kata harimau saya seperti kucing. saya putus harapan nak jadi arkitek.

bila saya meningkat remaja, saya bercita-cita nak jadi archeologist. saya nak kaji fosil. kalau orang jumpe 'perak man', saya nak jumpe 'emas man'. waktu itu saya tak tahu orang panggil 'perak man' sebab dia jumpa kat negeri perak dan tiada kene mengena dengan sumber mineral. tapi, setiap kali kelas sejarah saya selalu mengantuk dan saya tak berminat menjawab soalan sejarah sebab kene tulis panjang-panjang. walaupun sejarah SPM saya A, saya kuburkan sahaja hasrat murni saya itu.

sebelum habis SPM saya bercita-cita nak jadi sound engineer. nafsu saya mengatakan nanti saya boleh berkawan dengan artis. saya boleh buat album mereka. nama saya akan tertulis kat cover album mereka. hari raya saya boleh berbangga dengan orang kampung. tapi, En. Romi kata boleh, tapi kos belajr tanggung sendiri. saya pendamkan cita-cita saya sebab kalau saya teruskan juga, sape nak sponser saya belajar. duit saya ada RM10 je dalam poket waktu tu....

masa kat universiti, saya amik course electronic engineering. saya bercita-cita nak keje dekat intel ataupun altera. pada hemat saya, nanti gaji besar. saya boleh beli kete sport. tapi, saya menyampah buat lab test. boring, terkongkong dan sejuk. saya campak cita-cita saya itu jauh-jauh.

sekarang saya dah keje. saya boleh buat apa saja saya suka. En. Romi dan Pn. Juli pon dah tak boleh nak kongkong saya. tapi saya tak puas dengan keje saya. sebab keje saya kurang mencabar. saya nak tukar keje. saya nak jadi ah long. kalau jadi ah long, saya boleh pukul orang yang tak dengar cakap saya. boleh?????

Wednesday, February 4, 2009

Impian labu-labi

Entah kenapa sekarang ni, aku gile siput babi nak ada motor. Mungkin sebab bile bawak motor rasa cool kot.... Lagipun, naik motor takyah bayar tol, jalan jem boleh nyelit-nyelit, minyak saving dari kete, bile nak basuh taklah rasa malas sangat sbb saiz nye kecik sket dari kete, parking takyah susah-susah, bile bawak dalam hujan pergh... rase cam Awie, and the best thing is... bile naik motor berdua boleh.....ehem. hehehehehe

Aku belajar bawak motor masa kat campus. Tuh pun member aku baik hati nak ajar aku. Nak harapkan en. Romi yang ajar, kene ceramah dulu. Pn. Juli plak akan jadi penceramah jemputan menerangkan statistik kemalangan yang tinggi disumbangkan oleh penunggang motosikal. Tapi, ape aku peduli! Hahahaha.

Masa kat campus dulu, aku bercita-cita nak ada motor Honda C70. walaupun nampak camtuh, tapi cool..... nak pulak pakai helmet yang 1/2 tuh. Lagi cool..... Memang takda sapa sudi naik motor ngan aku. Aku tak kisah....



Tapi, sekarang aku target, lagi 2 taun, aku nak ada motor ni...



2 taun nak ada motor ni??? Memang la... Nak kumpul duit, nak amik lesen, nak plan ayat baik punya nak yakinkan en. Romi and pn. Juli. pergh....

Nak kumpul duit...
Nak kumpul duit...
Nak kumpul duit...
Nak kumpul duit...
Nak kumpul duit...
Nak kumpul duit...
Nak kumpul duit...
Nak kumpul duit...