Search This Blog

Showing posts with label bobo dan cerita karut. Show all posts
Showing posts with label bobo dan cerita karut. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

11 November

Apa yang keramat dan istimewa sangat dengan tarikh ni, gua pun tak tahu. Buletin Utama sibuk juga up cerita pasal tarikh ni. Ramai yang berebut tok kadi nak menikah di hari keramat kononnya. Keramat tok dia!

Seorang kawan sepengajian gua di U dulu pun menikah tarikh ni juga. Gambar nikah dah siap upload dalam facebook. Bini dia ade rupa Posh Spice. Tapi Man, aku harap ko tak perasan ko tu Beckham. Jauh bebenor larinya muka tu. Buat Azman, selamat menikah, selamat honeymoon, dan selamat menambahkan lagi bilangan umat Islam.

Sebagai seorang yang lambat update dan tak mengikuti trend terkini, gua takde sibuk-sibuk nak berhibur dengan tarikh keramat tok dia ni.

 Thunderbird malam semalam layan juga ye dak?







Saturday, April 9, 2011

Dah lama

Dah lama gua tak menulis. Dah lama. Lama juga la... Tapi apedehal. Menulis dalam blog bukan boleh bagi gua duit bayar hutang kereta bulan-bulan. Nak beli burger oblong pun belum tentu mampu. Apatah lagi, nak minum teh segelas dua time Maghrib.

....

Sunday, February 6, 2011

Mengarut

Sekarang pukul 2.30 pagi waktu Malaysia. Waktu Mesir gua tak tahu pula. Tapi, kalau di Mekah rasa-rasanya waktu ni ramai juga yang bangun bertahajud.

Sebenarnya, gua saja amik kesempatan untuk berjaga time-time macam ni. Gua rindu suasana pagi di hujung minggu dekat rumah mak. Dia punya feeling rasa macam budak belasan tahun. Stay up malam-malam dengar THR. Kalau nasib baik boleh dengar cerita hantu. Dia punya meremang bulu roma macam memerang lepas mandi.

Pagi-pagi macam ni juga buat gua terfikir jauh. Terfikir hal-hal Mesir. Hal-hal Kabul. Hal-hal Manchester United. Ada juga terselit hal-hal Fasha Sandha.

Ah, tetibe rasa nak makan maggie pulak..

Tuesday, August 31, 2010

Kura-kura vs siput babi

Pada suatu pagi yang permai, Keri si kura-kura berjalan sederhana laju ke sekolah. Sepanjang perjalanan beliau menyanyi kecil bagi menghilangkan rasa mengantuk kesan daripada pergerakkan yang perlahan.

Di pertengahan jalan, Keri terserempak dengan Es B, si siput babi yang sedang terhegeh-hegeh menyeberangi jambatan yang merintangi Sungai Buloh.

"Hai Es B" tegur Keri. Dalam pada yang sama beliau menjaga jarak selamat antara keduanya.

"Hai" balas Es B sambil menghadiahkan sebuah senyuman siput babi.

"Boleh aku tanya kau satu soalan?" soal Keri.

"Apa dia. Tanya sajalah. Kau seperti tidak biasa sahaja dengan ku" jawab Es B.

"Aku bukan apa, aku risau nanti engkau berkecil hati" balas Keri.

"Ada-ada sahaja engkau ni. Ha, tanyalah" kata Es B

"Baiklah" Keri menjawab. Keri menarik nafas yang dalam dan menghebus perlahan-lahan. "Aku tengok engkau ni bila berjalan begitu perlahan berbanding aku. Badan engkau kecil. Cengkerang engkau pun kecil. Ada pelincir lagi bila berjalan. Sedang aku, cengkerang ku besar. Keras. Kaki tu tidak berpelincir. Tapi aku lebih laju dari engkau. Sebab itu aku merasa hairan setiap kali melihat engkau berjalan. Seolah-olah ada satu bebanan yang tidak bisa dilihat oleh mata kasarku"

Es B berhenti berjalan. Keri pun sama. Es B menghela nafas yang panjang. Keri berdebar-debar. Risau soalannya itu akan mengecilkan hati sahabatnya.

"Aku... " Es B berkata. "Aku pening memikirkan aku ini keturunan siput atau babi..."


Moral : Kalau malu bertanya lambat laun akan menjadi seperti siput babi! Bebaskan diri anda dari sebarang persoalan atau kemusykilan.

Salam merdeka!

Cerita ini takde kene mengena dengan yang hidup ataupun yang dah lama gone........