Search This Blog
Showing posts with label bobo dan cerita dulu-dulu. Show all posts

Sunday, May 23, 2010
Sunday, September 6, 2009
Cerita puasa budak darjah 3
Tahun 92. Gua baru darjah 3. Yang gua tau masuk bulan puasa, mercun malam-malam wajib main. Bila siang tak bleh minum air depan kawan-kawan. Gigit hujung pensel pun tak boleh. Apatah lagi korek hidung. Itulah makna puasa bagi gua tahun tu.
Tahun tu jugak nenek gua guna saikologi suruh gua puasa. Standard macam budak-budak lain la. Sehari puasa dapat seringgit. Gua terus amik sempoa plastik buat kira-kira. Kalau puasa sehari seringgit, darab 30 hari sama dengan 30 ringgit. Itu baru nenek gua. Belum lagi mak bapak gua. Gua terus hangguk kepala, salam henjut tangan dengan beliau. Deal! Raya nanti boleh la gua rembat game lumbe kereta sama macam Ahmad Nazri.
Nak dijadikan cerita, ada satu kali tu, gua punya letih memang tak ingat. Pagi dekat sekolah agama Ustazah Maziah tak masuk kelas. Secara auto gua dengan budak kelas main tepuk kad. Tak cukup dengan tu masa rehat sambung main konda-kondi. Tambah lagi sedap sementara tunggu bas nak balik rumah main pulak polis sentri. Memang lupa langsung hari tu puasa. Balik rumah mula la buka peti ais nak pekena air sejuk. Nenek gua dah mula jeling tajam. Terus terbantut hajat gua nak puasa sekerat hari.
Bila pergi pulak ke sekolah kebangsaan belah petang, haus gua makin menjadi-jadi. Matahari punya terik memang tahap membakar jiwa. Kipas dalam kelas berpusing macam nenek kebayan. Waktu tu memang gua dah menjiwai watak cacing kepanasan. Nak bagi hilang dahaga ala kadar, gua kumpul air liur banyak-banyak, gua telan. Gua buat sampai masuk waktu rehat. Penat jugak rasa lidah.
Masuk je waktu rehat, gua, Ahmad Nazri dengan Zahari secara senyap-senyap pergi rumah cikgu Shahidan. Bini cikgu Shahidan ada buat bisnes ais pong untuk yang tak puasa. Memang penuh yang membeli. Settle je membeli, dengan tak menyempat gua terus gigit bucu ais pong. Tekak dah tak sabar sangat nak pekena asam boi. Tibe-tibe Ahmad Nazri menepis tangan gua.
"Eh, kita jangan minum kat sini" Ahmad Nazri buat muka serius sambil mulut menggigit ais pong anggur.
"Apsal pulak?" gua membantah. Kalau tak kerana Ahmad Nazri tu saiz dia lagi besar dari gua, memang gua back hand jugak muka dia.
"Sini tak selamat. Tadi aku dengar Norisma dengan Ruzainah pun nak datang beli jugak. Kalau diorang nampak kita kat sini, abis la kite kene ejek tak puasa" balas Ahmad Nazri bersungguh-sungguh. Zahari gua tengok tak settle-settle lagi nak pilih ais pong apa. Gua rasa Zahari besar nanti mesti jenis takut bini.
"Abis dekat mana?" gua mula risau. Ruzainah tu mulut dia boleh tahan jugak. Norisma pun sama. Jenis kecoh. Kalau diorang tau gua tak puasa, abislah reputasi gua sebagai pelajar cemerlang sekolah. Macam mana nak bertanding jawatan pengawas tahun depan.
"Jom kite lepak belakang bengkel KH. Situ port selamat. Tak ramai budak lalu" Ahmad Nazri terus berjalan laju sambil sorok ais pong dalam baju. Gua lambai Zahari suruh cepat sikit.
Dekat belakang bengkel KH, tanpa pikir panjang, gua terus hisap ais pong asam boi dengan penuh kenikmatan. Dia punya rasa lega memang tak boleh blah. Gua rasa itulah ais pong paling sedap dalam dunia. Zahari masih lagi terkial-kial nak pulas ais pong dia. Ahmad Nazri dah macam lepas hisap ganja dia punya mata. Sedap sangat. Angin pun bersifat sepoi-sepoi bahasa.
Tiba-tiba Ahmad Nazri lempar ais pong dia atas tanah. Cepat-cepat lap mulut dengan tangan lepas tu lap ke seluar. Kemudian dia berlari menyorok belakang kereta Cikgu Napsiah. Zahari masih lagi terkial-kial. Gua terus jadi kelam-kabut tak tentu hala. "Apa kes Ahmad Nazri ni?" kata gua dalam hati.
Tak semena-mena, gua mengeluarkan jurus Tumbukan Berpusing ke arah dinding bengkel KH. Berlubang sebesar penumbuk budak darjah 3. Gua rampas pulak ais pong Zahari, gua karate dua. Badan gua memang berapi habis. Kecik-kecik lagi gua dah pandai jadi panas baran.
Masuk je kelas Siti Salinda senyum-senyum tengok gua. Sekali-sekala dia tergelak kecil dengan Maziah. Gua yakin Norisma dengan Ruzainah pun dah tau. Malap harapan gua nak bertanding jawatan pengawas tahun depannya. Celaka punya Ahmad Nazri. Dah nampak Siti Salinda lalu dekat tepi, bukan nak bagi warning member. Tahu selamatkan diri dia je!

Friday, July 17, 2009
kadang-kadang gua sendiri naik heran
::>> <(^o^)> <<::
siang malam,
dikelilingi teman,
tampak ceria,
hakikat duka,
tersembunyi jauh disudut hati,
yang sunyi ditemani sepi,
diri yang ingin disayangi dan dimanjai,
tapi pada siapa?
takut untuk mengulangi,
sejarah silam yang bahagia,
berakhir dengan perpisahan yang memeritkan,
oh Tuhan,
tunjukkan ku arah,
agar keyakinan diri untuk kembali berdiri,
tanpanya yang kini jauh disisi,
aku rindu suasana dulu.......
Sajak ni gua buat tahun 2005. Lebih spesifik lagi 19 November 2005. Entah apa gila gua time ni. Mesti masa gua karang ni, tingkap bilik terbukak luas. Bulan mengambang kat langit. Angin sepoi-sepoi bahasa. Gua pon tak ingat sangat.
Kebetulan masa gua tengah main google, entah macam mana gua boleh jumpe balik blog lama gua kat blogdrive. Masa tu gua kat kampus lagi. Cerita-cerita sume pasal rebel. Tak puas hati dengan PTPTN pon ade jugak. Tapi entah kenapa sajak tu terselit sekali. Rasa macam nak naik mesin masa doraemon, pergi lempang-lempang diri gua yang dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)