Search This Blog

Showing posts with label Jonah the Lagend. Show all posts
Showing posts with label Jonah the Lagend. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

Lagenda Jonah : Misteri sebuah emporium

Hari itu Jonah satu famili keluar shopping kat emporium membeli barangan dapur. Seperti biasa, En. Meli akan bertindak sebagai penolak troli. Pn. Jolie pula sibuk dengan check list sambil tangan pantas seperti sotong mencapai itu dan ini. Jonah seperti kanak-kanak normal yang lain berlari riang sesekali meminta dibelikan jajan. Sia-sia je pergi emporium kalau tak beli jajan kan?

Sedang asyik bershopping......

"Mak, nak kencing!" Jonah bersuara.

"Hishhh budak ni...Sibuk sungguh! Jom cepat cari toilet" kata Pn. Jolie sambil menarik tangan Jonah.

Bila sampai di toilet, tetibe Jonah cancel nak berhadas kecil. Punyelah penuh manusia. Bau hancing tak ingat. Terus terbantut selera berhadas Jonah.

"Tak nak lah mak. Busuk!" kata Jonah sambil menekup hidung.

"Ko ni memang macam-macam. Tak nak sudah. Nanti jangan kencing dalam seluar. Ingat tuh!" marah Pn. Jolie. Konsentrasi dan emosi beliau sedikit terganggu dengan perangai Jonah.

Satu minit....Dua minit....Lima minit pun berlalu. Jonah tidak aktif seperti sebelumnya. Titik-titik peluh kecil mula mengalir di dahi Jonah. Jalan pun lambat-lambat. Terkepit-kepit macam 'Abang Rose' sebelah rumah jalan nak pergi kerja. Hati kecil Jonah meronta-ronta. Mata Jonah mula mengecil. Tiba-tiba.....

"Ya Allah!!!!! Jonah!!!!!!!!!!!!!!!!!" suara Pn. Jolie separuh menjerit. En. Meli menepuk dahi sendiri. Jonah hanya mampu berdiri kaku. Kakak-kakak promoter berskirt pendek dah mula kecoh-kecoh.

Jonah balik dengan hanya berseluar dalam Superman. Sepanjang jalan mulut Pn. Jolie tak ubah macam tape rosak. En. Meli diam membisu. Mukanya merah padam. Malu barangkali.

*******

Sebulan kemudian, Jonah satu famili kembali ke emporium yang sama. Tapi apsal kosong pulak. Bulan lepas punyelah penuh manusia. Pelik betul.

"Diorang dah pindah tempat lain.." kata Pak Guard bangunan sebelah lepas di tanya En. Meli.

Hmm... entah kenapa agaknya. Sampai sekarang menjadi misteri..........

Saturday, April 25, 2009

Lagenda Jonah - Dendam Buaian

"Mak, nak main buaian." kata Jonah sambil mengunyah cekodok bilis.

"Jangan nak mengada. Main dalam rumah je." kata Puan Jolie dengan tegas sambil mencapai sebijik lagi cekodok tapi yang ini lagi banyak bilis berbanding Jonah.

"Semalam, abah kata nak buat buaian. Pagi boleh main buaian. Nak main buaian!" Jonah bertegas.

"Huh! Petang nanti baru abah buat. Abah nak tebas lalang belakang rumah" Encik Meli menyampuk.

"Jonah, main dalam rumah je ye. Nanti mak tuk teman Jonah main. Main tembak-tembak ye.." kata Hajah Sariah, nenek Jonah dengan nada memujuk.

Jonah muncung. Gila apa main tembak-tembak ngan Mak Tuk. Takkan Mak Tuk nak menerap, terlentang, lari-lari, jerit-jerit dengan Jonah. Nak suruh Mak Tuk pegang watak apa. Komunis?

"Huh! Dah kenyang!" Jonah mencapak lebihan cekodok yang yang digigit dalam pinggan Puan Jolie.

Jonah keluar rumah. Hati beliau panas. Dada berombak-ombak menahan amarah. Darah Jonah mendidih. Macam air panas dalam cerek. Jonah tak puas hati. Kalau ada anak ayam melintas depan Jonah mesti arwah anak ayam tu. Jonah tak suka orang yang tak tepati janji. Ustazah Taski Abim Jonah kata orang suka bohong nanti masuk neraka. Tuhan tak suka. Encik Meli suka bohong. Nanti mesti Encik Meli masuk neraka. Getus hati jahat Jonah.

Tetiba, Jonah terpandang satu objek. Jonah tersenyum. 'Evil grin' kata ustazah BI Taski Abim Jonah. Jonah dapat idea. Jonah nak balas dendam.

Selang beberapa minit kemudian...

"Uiiiiiiiii. Assalammualaikum!!!!!!!" suara Mak Som jiran sebelah merangkap member gossip Hajah Sariah kedengaran. Mak Som datang bersama Mak Temah dan Kak Jenab.

"Waalaikumsalam. Masuklah. Kite kat belakang ni!!!" Hajah Sariah membalas. Tak jawap dosa.

"Hajah oii... Tadi kite nak basuh beras. Bukak kepala paip air tak keluar. Umah awak ada air ke? Takut umah kite air kene potong" kata Mak Som dengan muka sedikit cemas.

"Aah kak Hajah. Umah kite pon tak ada. Abang Mail tengah mandi. Bising suruh kita cari air. Ingat nak mintak sikit kat telaga kak Hajah" kata Kak Jenab sambil pegang baldi biru.

"Betul tu. Tapi kite tak cek lagi kat umah kite." sampuk Mak Temah bersahaja. Kebetulan terserempak balik dari kedai.

"Takde jugak Som oi.Jenab, Temah.Tetiba je.. Pagi tadi ada. Kite suruh anak kite si Meli tuh tengok jap." Hajah Sariah cuba mententeramkan keadaan.

Tak lama kemudian....

"Sapa tutup kepala pili tuh ha?!!!!! Jonah mana Jonah!! Jonah!!!!!!!!!" jerkah Encik Meli. Mata beliau merah. Kening bergetar-getar. Tangan pegang rotan. Kalau kene mau berbirat sampai tua.

Jonah menyorok belakang reban ayam Hajah Sariah. Tak pasal-pasal kecoh satu kampung air takde.

Jonah memang lagend.