Search This Blog

Friday, August 20, 2021

The people of Malaysia: Anwar Ibrahim sebagai PM ke 9 Malaysia

Hello there,

I just signed the petition "The people of Malaysia: Anwar Ibrahim sebagai PM ke 9 Malaysia" and wanted to see if you could help by adding your name.

Our goal is to reach 25,000 signatures and we need more support. You can read more and sign the petition here:

http://chng.it/NYRZ5cpZQ6

Thanks!
NUR AZURA

Sent from my iPad

Saturday, January 19, 2013

Listen! Listen! Listen

1. Demokrasi tu ape?

2. Aku tak pernah sepak kucing bila dia datang mintak tulang ikan.

3. Ikan jaws tu Najib ke?

4. Sharifah ni siapa?

5. Najib, kau memang hancur PRU kali ni.... bukan salah rakyat. Salah kau sendiri. Fikir Najib. Fikir! Fikir! Fikir!

6. Mahasiswa yang menyokong Sharifah, mahasiswa lalang.

Akhir kata, bangang! bangang! bangang!

Tuesday, October 2, 2012

Sepetang bersama Jurutera Tapak - Siri 1

Petang tu, aku dengan jurutera tapak mengeteh bersama. Angin sepoi-sepoi bahasa di gerai separa roboh pokok ketapang menjadi port lepak kami.

Sejak dari awal, aku perhatikan jurutera tapak menghisap rokok dengan laju. Sekejap sedut, sekejap hembus asap ke udara. Sekejap berhenti menjeling punggung awek indon balik kerja. Aku naik hairan.

"Apsal ko smoke laju-laju? Macam budak sekolah" kata aku.

Jurutera tapak pandang aku dengan senyum.

"Style macam ni, kurang sikit risiko paru-paru aku nak rosak. Asap tak sempat sampai dalam, aku dah hembus" balas jurutera tapak.

Itu jam aku rasa dialah jurutera tapak paling bangang penah aku kawan.

Monday, September 24, 2012

Menulis

Menulis. Menulis. Menulis. Menulis.

Tak semua orang ada bakat menulis.

Bukan semua orang dapat A Bahasa Melayu penulisan masa PMR.

Hampir semua cikgu BM adalah membosankan.

Menulis. Menulis. Menulis.

Bakat itu anugerah.

Ilham itu nikmat.

Keduanya saling melengkapi.

Menulis. Menulis. Menulis.

Tweet tweet carut carut #1

Benda paling aku benci lepas Zionis, ialah MLM.

Paham?

Monday, August 6, 2012

Datuk Lee Chong Wei

Chong Wei kata, "I'm sorry" dalam twitter.

Khairy Jamaluddin jawab "Please don't apologize. You are true Malaysian hero.."

Aku jawab "cilaka! Melepas makan BR free besok!"

Kadang-kadang tak semua Made in China itu gampang. Tengok Lin Dan.

Untuk Chong Wei, rileks laa.. Team bola kite tak layak pergi olimpik pun tak pernah mintak maap. Chill!

Sunday, August 5, 2012

Shopping raya

Dia keluar dari fitting room.

Gua angkat kening sambil senyum senget.

"Dua inci pinggang nak kene oter.." dia kata.

"Takpe, simpan je untuk space lepas raya..." balas gua.

Keh! Keh! Keh!

Shopping seluar baju bulan puasa ni memang memainkan perasaan!

Sunday, January 1, 2012

Tahun baru

Tahun baru, aku masih lama. Azam-azam aku untuk tahun lepas, dua tahun lepas, lepas-lepas, tak sepenuhnya aku capai. Untuk tahun baru ni pun aku belum pasti apa azam aku. Impian aku. Cita-cita aku.

Aku pernah berkongsi dengan buah hati impian aku untuk 2012. Seperti biasa, dia menyokong walau adakalanya impian aku itu mustahil untuk aku capai. Memanjat Everest misalnya. Mendaki tingkat 5 rumah sendiri pun adakalanya aku menyumpah seranah sistem perumahan yang tidak melengkapkan lif.

Ok. 2012, selamat datang. Aku sambut kau seperti tahun sebelumnya. Apa yang pasti, usia aku bertambah satu angka.

Monday, December 12, 2011

Ok, gua kalah!

Bangun saja dari tidur, gua rasakan satu perasaan yang paling menyampah dalam hidup. Perasaan yang kalau di beri pilihan untuk dimansuhkan, gua tak akan fikir panjang untuk masukkan dia dalam list.

Gua bergolek ke kiri untuk bagi perasaan itu pergi ikut tingkap. Babi. Dinding sejuk yang gua peluk, menanmbahkan lagi perisa untuk perasaan itu.

Gua ubah haluan golek ke kanan. Secara tak sengaja, jari telunjuk tersentuh keypad handphone mahal gua. Tap! Perasaan itu makin bergelora. Gua menyumpah dalam hati.

Gua kembali baring terlentang. Syiling gua tenung dalam-dalam. Gua harap sangat syiling dapat bercakap dan beri kata-kata nasihat yang paling berguna lebih daripada manusia.

"Breakfast?" gua hantar satu pesanan ringkas. Tapi, padat dan penuh bermakna.

5 minit berlalu. Mata gua kembali ke posisi sejam yang lalu.

Tett...tett..tett!

Gua bingkas bangun dan capai handphone mahal. Dada berombak macam ombak rindu!

"Sorry, mandi tadi. Sure. Tempat biasa ok?" dia membalas. Seperti biasa.

Heh!

Cinta perlu kesabaran kan?

Tuesday, November 29, 2011

Kosong

Ok, jom clash.

Tuesday, November 22, 2011

Bingai tak bingai

Tahniah Malaysia kerana berjaya mempertahankan pingat emas untuk bola sepak di SEA Games ke-26 yang berlangsung di negara berkorupsi tinggi dengan kepadatan rakyat bermental rendah dan banyak membuat porak peranda di Malaysia yakni, Indonesia.

Kemenangan ibu segala pingat emas dengan kelebihan pada tendangan penalti telah menghilangkan debaran dan sedikit sebanyak mampu memadamkan api kemarahan seluruh rakyat Malaysia terhadap Fakri yang memang terserlah kebingaiannya di depan pintu gol lebih-lebih lagi sewaktu melakukan tendangan penalti secara meleret yang mana boleh diibaratkan seperti melepaskan kote di tepi tangga.

Secara keseluruhan, walaupun ramai akhbar yang memuji gaya permainan yang diibaratkan seperti pasukan gemilang Malaysia di tahun 70'an disamping mentaliti pemain yang tinggi untuk menangkis ejekan dan sorakan penyokong Indonesia, namun hakikatnya pasukan Malaysia belum mencapai tahap yang boleh di banggakan. Dengan ketumpulan barisan penyerang, passing yang tidak menjadi, kawalan bola yang lemah, teragak-agak sewaktu memegang bola dan counter attack yang entah apa, masih jauh impian dan harapan rakyat Malaysia untuk melihat pasukan bola negata di kejuaraan dunia. Diharapkan Sultan Bola yang menonton perlawanan semalam dapat memikirkan beberapa 'action plan', untuk memantapkan lagi pasukan bola negara.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Fakri, tunggu apa lagi? Kemas beg, bersara, mintak kerja supervisor kilang!

Bingai!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone