Search This Blog

Friday, September 10, 2010

Tragedi pagi raya

Pagi 1 Syawal gua di sambut dengan hujan renyai-renyai yang membawa sekali dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kalau tak kerana hari raya, mau saja gua tarik selimut hingga ke muka.

Usai mandi, gua terus termenung di dalam bilik. Baju raya yang se-tema dengan buah hati gua pandang sepi. Gua teruskan bersila panggung di atas katil sambil bertuala.

Tet..tet...

MMS menyapa lembut di skrin henset.

Berlatar belakangkangkan laut china selatan, buah hati tampil bergaya dengan baju raya rebut-rebut jalan TAR.

"Cepat, nak gambar you dengan baju raya pulak!" masih dengan sikap suka mendesak walaupun dah minta maap dengan gua tepi hiway Karak kelmarin.

.

.

.

"TAKNAK PAKAI! SAMA DENGAN LANGSIR MAKCIK SEBELAH!!!"

Sama seperti tahun-tahun lepas, tradisi memakai jersi untuk sembahyang raya tetap gua kekalkan.